“𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖”
᪥᪥᪥
“Quickly!” arah Daniels.
Pemandu itu mengangguk sambil menekan pedal minyak dengan kuat, memacu kereta menuju ke hospital. Daniels melemparkan pandangan risau ke arah anaknya yang dibuai dalam pelukannya.
"Bertahan, Rayno. Kita sampai kejap lagi."
Kelopak mata Ryan terbuka perlahan, bertemu dengan pandangan cemas papanya.
"P...pa.. pa.." suara Ryan lemah, hampir tidak kedengaran.
Daniels bertemu mata anaknya, jantungnya berdegup kencang apabila dia memerhatikan nafas yang semakin lemah.
"No, don't say a word. I'm here." Daniels menenangkan sambil mengusap kepala Ryan lembut.
Senyuman tipis terukir di bibir Ryan.
Dulu... dia tidak mempunyai peneman di sisi semasa kelemahannya. Tiada siapa yang mempedulikannya atau merisaukan dia ketika dia dalam bahaya. Tetapi kini.. seseorang muncul dalam hidupnya. Pada saat-saat kelemahannya, lelaki itu berdiri di sampingnya. Dan.. sedang mencemaskan dirinya.
'Rayno.. Rayno sayang papa,' bisik Ryan dalam hati sambil merenung lembut wajah papanya.
Dia tahu papa sedang risaukan dirinya. Tapi.. dia juga tidak mahu berpisah dengan lelaki ini. Ini... pertama kali dia rasa ingin terus hidup dari kesakitan ini. Dia nak teruskan hidup bersama lelaki itu. Papa.. adalah tempat dia mencari kehidupan. Papa bermakna segala-galanya untuk Ryan. Dia.. mahu berada di sisi papa... ingin berkongsi lebih banyak memori dengan.. papanya...'
Kelopak mata Ryan terkulai perlahan, air mata mengalir di pipinya.
Kebimbangan Daniels semakin menyelubungi dirinya.
"Rayno! Rayno stay awake!" Ditepuk lembut pipi Ryan beberapa kali supaya dia terus terjaga.
Daniels memandang hadapan ke arah anak buahnya yang sedang memandu.
"Hurry up, damn it!"
Anak buahnya mengangguk, ketakutan jelas di wajahnya, sambil mempercepatkan perjalanan dengan pemecut ditekan kuat. Ah, dia sudah habis tekan minyak ni.
Sebaik tiba, Daniels menyerbu masuk ke wad kecemasan, mendukung anaknya di belakang tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Apa yang Daniels langgar, semua yang dilanggarnya sambil bergegas ke wad kecemasan. Beranikah sesiapa ingin memarahinya?
Sehingga dia mengugut doktor di situ jika tidak merawat anaknya dengan segera. Doktor itu takut-takut, mengalihkan pandangannya daripada merenung mata Daniels yang menggerunkan. Berdiri di hadapan lelaki itu sudah cukup untuk mengetahui bahawa dia begitu kerdil. Setiap naluri memberitahunya untuk mematuhi, melakukan apa sahaja untuk memastikan keselamatannya sendiri, dan keselamatan kakitangannya untuk menyelamatkan pemuda itu dalam dukungan lelaki itu. Fikirannya ligat memikirkan akibat yang mungkin berlaku jika dia menolak. Dengan tangan yang terketar-ketar, doktor itu mengangguk laju.
Dengan pantas, pasukan perubatan bertindak, membawa Ryan ke bilik pembedahan.
Di luar, Daniels mundar-mandir dengan cemas, telefonnya tiba-tiba berdering. Dia menjawab panggilan tersebut.
"Vicente."
Sementara itu, di dalam bilik bedah, mata Ryan terus tertutup rapat ketika pakar bedah berusaha mengeluarkan peluru. Pada saat tegang itu, nafasnya.. menjadi perlahan.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]
Mystery / Thriller1st series of Black Butterfly. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama ibu tirinya. Kehidupan yang berbolak-balik. Kemarahan yang sering memb...