𝑬𝒑𝒊𝒍𝒐𝒈𝒖𝒆

708 26 31
                                    

Naira sedang rehat di dalam biliknya. Dia sekarang di rumah mummy. Raut wajahnya tidak bermaya, selalu saja ingin muntah dan badannya terlalu letih.

Puan Sri Aina masuk ke dalam bilik, riak wajahnya lembut memandang anak perempuannya. Sambil mengambil tempat di birai katil, dia mengusap lembut rambut Naira.

"Naira.." panggilnya perlahan

Naira perlahan-lahan membuka matanya yang bengkak, masih kelihatan sisa air matanya yang tadi.

Puan Sri Aina membantu Naira duduk sambil menyandarkannya pada kepala katil

"Naira... Mummy ada sesuatu nak beritahu Naira."

Naira hanya diam merenung kosong di hadapannya. Puan Sri Aina perasan di tangan Naira sedang menggenggam baju arwah Ryan. Sungguh menyebakkan hati Puan Sri Aina.

Sambil mengambil masa untuk mengumpulkan kekuatan, Puan Sri Aina memejamkan matanya sebentar sebelum bersuara.

"Sekejap lagi Naira pergi ke US dengan papa arwah Ryan ya?" katanya lembut.

Kerutan muncul di dahi Naira sambil memandang mummynya.

"Kenapa?" Soalnya lemah.

Puan Sri Aina tersenyum lembut, tangannya membelai rambut hitam puterinya itu.

"Sebab.. Naira mengandungkan cucu dia. Jadi, dia mahu Naira tinggal di sana," jelas ibunya lembut, terus mengusap rambut anak perempuannya.

Naira memandang ke hadapan, fikirannya seakan-akan di tempat lain.

"Naira tak larat.. lagipun Naira kan-

"Ya, mummy tahu sebab tu Naira kena pergi harini terus. Mummy tahu Naira tak boleh keluar rumah lepas arwah Ryan tiada. Jadi, Naira kena pergi harini juga tinggal di sana," sampuk Puan Sri Aina lembut.

Naira hanya diam. Dia benar-benar tidak mahu memikir apa-apa. Hanya bayangan suaminya di fikirannya. Dia hanya ingin tidur dan tidak mahu diganggu. Hatinya letih, jiwanya penat. Kepalanya pula berdenyut pusing. Badan pula terasa lenguh.

Dia terlalu penat..

Melihat tiada respon dari anak perempuannya. Puan Sri Aina membiarkan sahaja anak perempuannya ingin tidur. Diam-diam dia mula mengemas barang-barang Naira, masuk ke dalam bagasi, bersiap-siap untuk bergerak tak lama lagi. Sebenarnya Puan Sri Aina tidak sanggup, tetapi memandangkan dia mahu Naira dijaga dengan baik, jadi dia setuju Daniels membawa anak perempuannya ke sana.

Selepas beberapa jam berlalu, Puan Sri perlahan-lahan membangunkan Naira dari lena.

"Naira... jom turun. Kamu perlu bersiap. Mummy dah siapkan baju Naira nak pakai atas katil ni," katanya sambil menunjuk ke arah pakaian yang tersusun kemas di atas katil anak perempuannya.

Naira yang bangun dari tidur terus diam

Puan Sri tidak sanggup melihat anak perempuannya begitu sedih.

"Nak mummy tolong ke?"

Naira tersenyum nipis.

"Takpe mummy. Naira boleh buat," balasnya lemah.

Dengan anggukan, Puan Sri Aina keluar dari bilik sambil menutup perlahan pintu di belakangnya.

Sendirian, fikiran Naira melayang, hatinya sarat dengan kekosongan. Bukankah Ryan sepatutnya berada di sini bersamanya? Namun, dia tidak dapat menghilangkan rasa kekosongan yang teramat sangat, hampir terlupa bahawa Ryan tidak lagi bersamanya.

Air mata mengalir di pipinya sambil mengusap lembut perutnya yang masih kempis.

"Anak kita, Ryan," bisiknya pahit.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now