[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑷𝒔𝒚𝒄𝒉𝒐

899 39 21
                                    

"𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖"

᪥᪥᪥

‼️WARNING: Kandungan yang mengandungi kekejaman dan darah. Author dah beritahu awal, author tidak bertanggungjawab jika pembaca ingin meneruskan sehingga habis.

᪥᪥᪥

Naira membuka matanya perlahan-lahan, kesedarannya kembali dengan diiringi rasa sakit yang menusuk di kepalanya. Dia mendapati dirinya terikat erat, anggota badannya terikat oleh tali yang kuat.
Pandangannya kabur apabila dia cuba menggerakkan kepalanya.

Ruangan itu redup, hanya sedikit cahaya yang masuk melalui celah-celah di dinding. Dia merasa kebingungan bercampur dengan rasa takut yang tidak menyenangkan akan situasi yang tidak diketahuinya.

"Pu-puan.." satu suara perlahan memecah kesunyian menyebabkan dia berpaling perlahan. Hatinya berdegup kencang apabila dia mengenali sosok yang dikenalinya, terikat dan cedera, duduk di sebelahnya.

"Fa-faris?" suara Naira bergetar dalam kegelapan, pandangannya jatuh pada wajah Faris yang terluka.

"Shh.." Faris memberi isyarat di hadapan mereka. Naira memandang hadapannya.

Di kejauhan, sekumpulan lelaki berbadan tegap sedang dalam perbualan hangat, gelak tawa mereka memenuhi ruangan sambil mereka dengan tidak berperasaan menendang tubuh seorang lelaki muda yang lemah.

Apabila diteliti sedikit lama, Naira menyedari sosok tubuh yang lemah itu tidak lain tidak bukan adalah suaminya.

"A- Abang!" Panggilan spontan Naira membuatkan mereka menoleh ke arahnya. Naira menelan liur kelat. Dia merasakan denyut panik memenuhi dadanya saat melihat mereka menghampirinya. Dia cuba untuk tidak menunjukkan ketakutannya.

"Pu-puan.." Faris mulai takut, tidak sangka suara Puan Naira boleh didengar mereka walaupun tidak begitu kuat.

Seorang lelaki asing itu mencangkung di hadapan Naira, terukir senyuman licik di wajah kasarnya. Ibu jarinya mencapai dagu Naira, tetapi Naira pantas mengelak sentuhannya.

"Hahahah!" Ketawanya bergema membuatkan Naira menahan nafas, mencuba menelan rasa takutnya.

"Wh- Who are you.. wh-what you.. you want?" Gagap Naira bertanya.

Lelaki itu sekadar memberikan senyuman sinis sebagai balasan.

"You're wonderin', who the hell are we?" Pertanyaannya tergantung di udara, melemparkan pandangan ke arah rakan-rakannya, mencetuskan satu lagi ketawa yang memenuhi ruangan itu dengan bergema yang tidak menyenangkan

Baru sahaja tangannya mencapai dagu Naira, satu suara lemah mencelah, menghentikan langkahnya.

"Don't.. Don't touch her.."

Lelaki itu menoleh, bangkit berdiri. Ahli-ahli lain mengalihkan perhatian mereka kepada sosok tubuh yang lemah itu, senyuman mereka berubah menjadi senyuman licik ketika mereka memberikan tendangan ganas ke perut lelaki muda itu.

"Ugh!" Dia merengus kesakitan.

"A- Abang!" Laungan Naira bergema dengan getaran ketakutan, hatinya sebak melihat suaminya menanggung kekejaman sebegitu. Cukup lah. Cukup lah 6 tahun lepas membuat suaminya menderita. Sudah cukup buat Naira merasa kehilangannya.

Pistol dihalakan ke dahi suaminya, bibir lelaki yang tidak dikenali itu membentuk senyuman sinis.

"Enough." Suara tegas dan garau memberi arahan.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now