“𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖”
᪥᪥᪥
"BERI LALUAN! BERI LALUAN!"
"TOLONG BERI LALUAN!!"
Tindakan yang pertama dilakukan oleh mereka saat di sana adalah menghentikan perdarahan remaja itu.
Beberapa orang jururawat lelaki dan wanita menolak ambulance stretcher yang dibaringkan remaja itu ke wad kecemasan. Ia dilengkapi dengan sabuk pengaman untuk mengikat tubuh pesakit agar tetap aman selama perjalanan menuju ke hospital dan wad kecemasan.
Elina keluar segera dari teksi setelah mengikuti dari belakang ambulance. Dia mendapat maklum Kytor sudah dijumpai. Sudah 3 hari mereka mencari Kytor, akhirnya mereka telah menemuinya. Raut wajah gadis itu menangis tatkala melihat lelaki itu cedera teruk. Da-Darah?
"Cepat! Cepat!" Jerit Doktor Kamal sedang bersedia menunggu remaja itu di muka pintu wad kecemasan dengan wajah yang cemas.
Setelah memasukkan remaja itu yang tidak sedarkan diri, Doktor Kamal menahan gadis itu dari masuk.
"Elina. Awak tunggu luar ye."
Doktor Kamal kenal gadis ini. Dia anak kepada kenalannya, Doktor Zain. Tetapi, tidak terlalu rapat, memandangkan Doktor Kamal sedikit curiga dengan lonjakan kemajuan hospital Doktor Zain yang terlalu singkat.
Doktor kamal masuk.
"Semua cepat angkat dan kita mulakan pembukaan balutan pesakit!"
Mereka yang sudah siap dengan pakaian pembedahan mengangguk lalu berhati-hati mengangkat remaja itu ke katil pembedahan. Mereka membuka balutan badan dan balutan kepala remaja itu. Emergency cervical collar yang sudah berada di leher dibiarkan.
Doktor Kamal tidak sampai hati melihat kecederaan yang sudah begitu parah.
"Kita check semula sakit mangsa, mesti ada yang kita tak sedar," ucap Doktor Kamal. Dia telah diberitahu kedua kaki patah dan leher cedera di bahagian dalam tetapi Doktor Kamal memeriksa semula kecederaan remaja itu sekali lagi. Risau kecederaan dalaman lain yang dia tidak perasan.
Mereka mengevaluasi tingkat keparahan cedera dan memberikan perawatan medis sesuai. Proses evaluasi mampu meliputi pemeriksaan fisik, ujian diagnostik seperti sinar-X atau CT scan, dan pemeriksaan tanda-tanda vital seperti tekanan darah dan detak jantung saat.
Doktor Kamal dapat melihat keputusannya. Tulang rusuk retak, kedua-dua tulang tangan dan kaki remaja itu patah. Dia sudah agak keadaan ini berada di luar jangkaannya.
Setelah itu, mereka memberikan perawatan perubatan yang tepat seperti pemberian ubat untuk mencegah infeksi dan memberikan perban untuk memperbaiki cedera.
"Kejap! Hold dulu ubat tahan sakit," kata Doktor Kamal dengan dahi berkerut.
Dia hairan jantung remaja itu berdetak tidak teratur di elektrokardiogram (EKG). Alat yang digunakan untuk mengesan detak jantung ini mengukur dan merekodkan aktiviti elektrik jantung dalam bentuk gelombang pada kertas graf atau skrin komputer. Ia membantu doktor untuk mendiagnosis masalah jantung dan memantau keadaan jantung pesakit. Jantung remaja ini sangat berlainan rentak dari segi keparahan.
"Apa ni?" Hairan Doktor Kamal.
"Doktor, badan pesakit ini mempunyai dadah jenis depresen." Jelas pelatih lelaki itu setelah memeriksa badan remaja itu.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]
Mystery / Thriller1st series of Black Butterfly. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama ibu tirinya. Kehidupan yang berbolak-balik. Kemarahan yang sering memb...