[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑲𝒆𝒓𝒊𝒏𝒅𝒖𝒂𝒏

1.2K 83 30
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

6 tahun kemudian..

Gadis itu termenung.

Dia tersenyum memandang persekitaran taman yang masih sama. Ini cerita dia dan lelaki yang dia cintai. Pertemuan yang hanya sebentar.

Aku termenung jauh menghirup udara di taman ini. Taman inilah di mana dia ingin memberi ku seutas gelang. Gelang yang sedang aku pakai.

Aku tersenyum dalam kesedihan. Kadang.. aku menangis mengingati semua itu. Setiap hari aku tidak cukup tidur dan memikirkan orang yang aku rindu.

Aku ingin melihat senyumannya. Senyuman penuh bahagia. Senyuman yang tiada sakit mahupun sedih. Hidup aku lemah. Sentiasa menjadi dingin dan muram

Aku tidak seceria dulu. Tidak sepandai dulu. Tidak sebahagia dulu. Bapa aku.. ditangkap dan telah diberhentikan kerja. Syarikat dia.. bankrupt. Mummy aku? Macam biasa. Berkerja menampung bapa aku yang tiada pekerjaan.

Leen?
Dia sudah terkenal dengan kerjayanya. Dia pelakon baru yang sedang meletop sekarang ni. Aku dengar.. dia bercinta dengan pelakon terkenal. Itu yang aku dengar dari mak cik bawang. Aku masih lagi hairan mengapa Leen selalu cemas melihat telefonnya. Adakah dari netizen ataupun kekasihnya?

Aku?
Tiada istimewa. Tiada apa yang mahu diharapkan. Tiada kebahagiaan yang terukir di wajahku. Tiada. Hidup aku penuh kesunyian. Aku selalu berkurung di dalam bilik dan tidak lalu makan. Itu lah kehidupan ku sepanjang ini.

Sepi.

Tiada senyuman yang mahupun gembira terbit di bibir. Tiada.

Aku memandang pergelangan tangan ku. Kesan kelar yang aku tinggalkan. Itu adalah kesan aku tertekan. Mereka ingin membawa ku berjumpa psikiatri, tetapi aku tidak mahu. Aku tidak mahu lupa setiap yang aku alami dengan dia.

Aku memandang gelang ini.

-N-A-I-R-A-

Itu nama ku. Dia membuat sendiri untukku. Pandai dia buat untuk aku. Aku bahagia melihat gelang ini.

"El! Sini kau rupanya."

Leen mendapat kan gadis itu yang sedang termenung.

"El? Dah lah tu. Jom balik."

Elina masih tidak mahu berganjak.

"El.." Leen sedih melihat gadis ini yang seperti hilang akal. Dia tidak suka Elina begini. Mana Elina yang dulu? Mana?

"Elina sayang.. jom balik. Kau tak makan lagi." Leen menarik lembut tangan gadis itu untuk pergi ke keretanya. Tidak sangka Elina sanggup berjalan sejauh ini, dengan tidak memakai selipar atau kasut.

Gadis itu bangun perlahan dan mengikuti langkah Leen pergi ke kereta. Itu lah harian Leen membuat begitu pada Elina.

Leen melihat tapak kaki Elina yang berdarah.

"El.. nanti aku ubatkan kaki kau."

Gadis itu hanya diam seraya masuk ke dalam kereta dibantu oleh Leen

Kereta bergerak meluncur ke jalan raya.

Elina memandang sepi gelang tersebut. Dia mengangkat pandangan pada Leen.

"Aku.. minta maaf--

susahkan kau." Katanya dengan nada perlahan.

"Tak, kau tak susah kan aku. Kau kawan aku. Aku faham El. Aku faham." Leen sebak. Mesej yang masuk diabaikan. Dia tidak mahu melayan mesej itu.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now