[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑭𝒂𝒕𝒉𝒆𝒓 𝒂𝒏𝒅 𝑺𝒐𝒏

1.2K 76 99
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

"AARGH!"

Suara jeritan seseorang menyentak Kytor dari tidurnya.

Dia mula membuka mata perlahan-lahan, memberi masa penglihatan menyesuaikan diri dengan cahaya malap yang memenuhi ruangan itu. Pandangan terus tertancap pada siling di atas.

Alis berkerut.

Perlahan-lahan, fikirannya yang bercelaru mula jelas, pandangannya jatuh ke bilik yang dikenalinya.

Timbul perasaan pahit manis menyelubungi hatinya. Banjir kenangan dan rasa pedih menyelubungi dadanya. Setiap sudut bilik itu menyimpan serpihan masa lalunya, gabungan memori dan kerinduan yang tidak dapat dia abaikan.

Perasaan ribut emosi melonjak dalam diri.

Badai meraung di nadinya, didorong oleh rasa pahit yang telah menyalakan api di dalamnya.

"W.. Why.." Rambut diramas kuat seakan membenci tempat ini. Telaga kesedihan yang dalam yang seolah-olah bergema di dadanya.

"He left me."

"He..

really l.. left me.."

Kesakitan dalam menyelubungi dadanya. Dia memukul-mukul dan meramas-ramas rambutnya berkali-kali, menghukum diri sendiri tanda menyalahkan diri sendiri. Marah, geram dan sedih. Perasaan yang begitu bercampur dan terluka dalam hati.

Kini tiba-tiba kepala terasa berdenyut. Tertekan. Dapat dirasa kehangatan pergerakan bendalir mengalir perlahan keluar dari rongga hidungnya.

Dia menyeka belakang tangan.

Darah.

Dia meraung kuat melepaskan kemarahan dan kesedihan. Hati yang sakit ditambah kepalanya yang sakit pula. Rasa mahu mati sahaja.

"I HATE THIS LIFE! I REALLY HATE IT!"

Pintu tiba-tiba dibuka. Lelaki sasa itu pantas menghentikan perbuatan anaknya.

"Stop Rayno." Dia mengelap darah dari hidung Kytor.

Kytor menepis kasar. Dia berundur. Wajah kemerahan kerana kemarahan. Lagi-lagi melihat wajah.. orang yang pernah dia sayang.

"K.. Kau nak apa?" Tajam matanya menatap lelaki itu.

Daniels menghela nafas perlahan.

Dia menyedari hakikat bahawa Kytor mungkin menyimpan kebencian selepas dia pergi secara tiba-tiba tiga tahun lalu semasa Kytor berada di hospital, tanpa meninggalkan sepatah kata pada dia.

"Take care of him for me, we will meet again later."

Itu merupakan arahan terakhirnya kepada Kamal.

Dia merenung wajah anaknya untuk beberapa lama. Kesakitan merindui anaknya untuk bertemu sangat lama baginya.

"Come here."

Kytor masih diam merenung tajam lelaki itu.

"I said come here. I ask you nicely, Rayno. Jangan buat papa macam dulu."

Mendengar ayat terakhir itu, Kytor secara naluri bergerak perlahan ke arah lelaki itu. Dia berdiri, kepala tertunduk sambil mengetap bibir bawahnya perlahan.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now