1st series of Black Butterfly.
𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲
𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama ibu tirinya. Kehidupan yang berbolak-balik. Kemarahan yang sering memb...
Tuan Ernesto duduk di meja kerja. Pen yang menyelit di jari-jemari diketuk-ketuk. Dia termenung tentang kejadian 6 tahun lepas.
Hari di mana hatinya benar-benar mati.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Flashback
Ernesto masuk ke dalam ruangan wad kecemasan. Tidak kelihatan budak lelaki itu di sini. Hanya kelihatan seorang doktor bersama seorang pemuda lelaki di situ.
"Macam mana Marc?" Soal Doktor Kamal.
Marc yang termengah-mengah mengambil nafas terlebih dahulu.
"Be-Betul sangkaan abah."
"Aku dah agak!"
"What's going on here?" Suara garau membuat mereka terkejut lalu menoleh serentak. Kedua mata mereka bertembung kedua mata coklat tua lelaki asing ini. Wajah yang tegang.
"Who are you?" Soal doktor Kamal. Tidak pernah dia melihat lelaki ini di mana-mana. Nampak gaya dia bukan dari negara ini. Melihat wajah lelaki ini sahaja dia sudah tahu, lelaki ini bukan berasal dari sini. Entah bagaimana lelaki asing berkulit putih ini boleh masuk ke sini.
Marc yang peka figura lelaki tersebut terkelu. Lantas dia membisik sesuatu pada telinga bapanya.
"A--abah--
--dia ni lah selamatkan Kytor."
Doktor Kamal terkejut langsung berpusing pada anaknya.
"Bukan Marc ke yang jumpa Kytor?" Hairan Doktor Kamal.
Marc menggeleng.
"Lelaki ni.. call Marc untuk bawa Kytor ke sini," jawab Marc.
Doktor Kamal memandang lelaki itu. Dia tidak kenal siapa lelaki ini. Entah dari mana dia muncul dia tidak tahu.
"Thank you for saving this teenager," ucap doktor Kamal.
"I don't want your thanks, I want to know where he is?" Tegas lelaki itu.
Doktor Kamal tercengang. Nampak seakan lelaki ini mengenali Kytor. Tetapi sejak bila?
"Sorry, I want to ask, who are you really? Do you have a relationship with the patient?"
Ernesto melepaskan keluhan. Dia menyilangtangan memandang doktor ini yang berada di hadapannya. Mengapa susah benar dia ingin berjumpa remaja itu?