[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑬𝒓𝒏𝒆𝒔𝒕𝒐

1.1K 89 19
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Boston, Massachusetts, USA.

Ernesto Daniels.

Seorang CEO berumur 40-an memiliki kepribadian yang tegas. Dia sentiasa memakai blazer formal berwarna hitam gelap di badan dengan kemeja putih di bawahnya mengikut kesesuaian.

Dia mengenakan jam tangan mewah jenama Rolex serta sepatu hitam berbentuk elegan oxford shoes untuk menambahkan kesan profesionalisme pada penampilannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia mengenakan jam tangan mewah jenama Rolex serta sepatu hitam berbentuk elegan oxford shoes untuk menambahkan kesan profesionalisme pada penampilannya.

Ernesto seorang yang tampil dengan rapi dan elegan, namun tidak berlebihan. Semua itu merefleksikan kepribadian yang kuat. Gaya rambut lelaki bermaskulin ini slicked back atau rambut yang disisir ke belakang dengan gel atau pomade menampakkan kekacakan dan kesempurnaan dirinya di mata wanita-wanita di luar sana.

Lelaki maskulin ini berjalan keluar dari mansion mewah sambil membaca fail diberi Javier. Raut wajah kelihatan serius, kedua mata menatap lama maklumat tersebut, mengambil masa untuk mengerti tentang profil penggodam itu. Tiada angin, tiada ribut. Bagaimana dia boleh tahu siapa dia? Adakah ini semua kebetulan?

"Where is he now?" Soal Ernesto.

Wajah Javier menunjukkan ketidakpastian dengan pandangan tidak menatap langsung pada bosnya.

"Find that hacker."

Bella, wanita Amerika berumur 40-an, dan setiausaha peribadi Ernesto mempercepat langkah ke sisi bosnya.

"Boss, this evening you have a meeting with Mr. Nicolo."

Langkah kaki Ernesto terhenti. Dia hampir terlupa mesyuarat bersama rakan seperjuangannya. Mungkin dia terlalu fokus mencari penggodam tersebut, hingga lalai tentang kerjayanya. Dia tidak mengerti mengapa fikirannya tumpu pada perkara kecil ini.

Dia memandang Bella yang mengenakan pemakaian blazer berwarna hitam yang serasi dengan skirt panjang berlipat, serta blaus putih berleher tinggi disemat di bawah blazer. Gaya rambut dikenakan Bella sentiasa gaya rambut updo, di mana rambut diikat ke atas kepala dalam bentuk simpul atau sanggul.

"Alright, please inform to Nicolo, I will be in his office."

"Sure, boss." Bella berjalan mengiringi Tuan Ernesto masuk bersama ke dalam kereta Honda Accord berona Morden Steel Metallic di bahagian belakang penumpang.

Kereta itu yang dipandu anak buah Ernesto meluncur keluar dari perkarangan Ernesto's Mansion.

᪥᪥᪥

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now