“𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖”
᪥᪥᪥
Elina lewat memasuki kelas kerana sesi kelasnya belum mulai lagi. Berbanding Charlene, sudah pergi kelas awal pagi. Dia tahu sejak dua menjak ni, Charlene menyibukkan diri dengan tunangnya. Itu baru tunang belum lagi suami isteri.
Jam menunjukkan hampir 9.30 pagi. Kelas Elina pada pukul 10 pagi. Dia terus menyiapkan diri ke kelas.
Dalam perjalanan ke kelas. Dahi gadis itu berkerut tatkala ramai yang sedang berkerumun di bawah bangunan. Ada yang berbisik-bisik dan ada yang menolak antara satu sama lain untuk melihat apa yang terjadi.
Gadis itu hairan. Ada event ke? Kebetulan, Leen berada di tempat duduk bangku di sebalik tembok sedang ditenangkan pensyarah tersebut. Elina berjalan menghampiri mereka.
"Leen kenapa ni?" Tanya Elina.
Gadis itu mengangkat muka memandang gerangan suara yang dia kenal. Wajah gadis itu merah bersama tangisan tersedu-sedu.
Leen bangun dan terus memeluk Elina. Elina terkejut. Leen menangis teresak-esak tanpa henti. Pensyarah bangun dengan wajah yang sedih.
"Elina, tolong jaga Leen kejap. Saya ada hal nak kena selesaikan."
"Kenapa miss? Kenapa dengan Leen?"
Pensyarah diam merenung keadaan Leen. Tidak tahu mahu mengatakan bagaimana.
"Saya rasa.. baik awak dengar dari kawan awak ye, saya pergi dulu."
Elina mengusap perlahan belakang badan Leen.
"Leen? Kau okay ke? Kenapa ni? Kenapa ramai berkumpul depan class tu?"
Leen masih menangis tidak mampu meluah apa yang perlu dikatakan.
"Hey, shh! Calm down. Please tell me Leen. Macam mana aku nak tahu masalah kau?"
Leen masih menangis tidak dapat ditahan lagi.
"Leen please..."
"S-syah, El.." bergetar suara Leen.
Elina mula resah. Tidak pernah dia melihat keadaan gadis itu teruk begini.
"Kenapa Syah Leen? Kau putus ke? Tolong bagitau aku, biar aku ajar dia." Tegas Elina. Dia tidak suka hati teman nya disakiti begitu.
"SYAH IS DEAD!!"
Leen menjerit bersama tangisan. Dia jatuh terduduk, Elina terkedu pantas memapah gadis itu duduk ke arah bangku. Kaki gadis itu lemah.
"W-what?" Elina tidak percaya apa dia dengar. Dia melihat Leen yang semakin lemah kerana menangis terlalu lama.
"L-Leen.. Leen.. h-how? A-And.. w-when?" Elina menggoncang lembut bahu gadis lemah itu yang sudah duduk bersandar pada bangku. Dia memegang wajah Leen yang sudah dibasahi air mata.
Mata Leen merah dan wajah nya sudah pucat.
"H-He.. died El. I see on my own eyes. H-He... d-died," lemah suara gadis itu.
Elina melilau mencari seseorang. Dia terlihat Tina di situ.
"Tina!"
Tina menoleh. Dia terus berjalan ke arah Elina.
"Boleh awak jaga kawan saya kejap?"
Tina mengangguk lalu duduk bersebelahan Leen. Elina terus berjalan menghadapi kerumunan itu. Dia dengan terpaksa cuba masuk melihat apa yang berlaku.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]
Mystery / Thriller1st series of Black Butterfly. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama ibu tirinya. Kehidupan yang berbolak-balik. Kemarahan yang sering memb...