“𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖”
᪥᪥᪥
Naira Elina melangkah masuk ke dalam kelas. Kelihatan masih ramai lagi pelajar yang belum ada di tempat duduk. Mata hitam meliar mencari teman baik nya.
"El, here!" laung Charlene dari tempat duduk nya. Tangan di angkat untuk menarik perhatian gadis itu.
Elina menoleh lalu pergi ke arah Charlene dan duduk di sebelah gadis cantik itu. Dia mengukir senyuman kepada gadis tersebut. Charlene sudah lama menjadi kawan baik dia sejak sekolah rendah lagi.
Dia teringat bagaimana Charlene ini mula famous dari sekolah menengah. Disebabkan kecantikan luar biasa, dia sungguh sempurna. Ya, Charlene seorang berkacukan cina. Siapa lah dia untuk tandingi kecantikan sahabat baik sendiri. Dia seorang gadis biasa sahaja.
"Kau nampak lain lah hari ni El. Apa eh?" tegur Charlene mengetuk dagunya dengan jari telunjuk tanda berfikir sambil direnung kawan nya itu dari atas sampai bawah dan kembali ke atas semula.
"Apa kau ni Leen, saje eh. Biasa je aku tengok diri aku," jawab Elina sambil melihat baju yang dipakai blouse berwarna ungu dan seluar slack hitam.
Sengaja kawan dia ini menyakat atau memang hari ni dia lain? Dia melihat diri sendiri. Kemudian, menilik wajah di skrin telefon, biasa sahaja. Apa yang lain? Alang-alang, dia memperbetulkan sedikit rambut dia yang berikat ponytail itu.
Leen mencebikkan bibir mendengar jawapan Elina. Dia memang gedik sedikit. Elina memang sudah kenal perangai kawan seorang ini. Ada juga pelajar-pelajar lelaki lain suka curi pandang ke arah Leen ini. Leen apa lagi? Buat tidak endah sahaja lah.
[ Author singkatkan nama Charlene kepada Leen, senang sikit 😊]
Melihat pensyarah sudah masuk, Elina mengeluarkan buku dan alat tulis, sama seperti yang lain. Pensyarah mula mengajar topik baharu kepada semua.
Nak dijadikan cerita, Elina seorang yang lebih pintar dari Charlene. Charlene selalu akan tanya soalan yang dia tidak faham. Lucu. Wajah cantik tetapi jika berkaitan akademik dia paling banyak mengeluh. Sememangnya, dari dulu lagi kawan nya begini. Tidak pernah berubah. Elina ketawa kecil sendirian.
"Elina apa yang awak suka tu?" tanya pensyarah tersebut.
Elina terkejut dan berhenti mengelamun setelah nama sendiri disebut oleh pensyarah. Dia memandang pensyarah tersebut. Tanpa dia sedari, semua pula sedang memandang ke arah nya.
"Tak de apa sir," jawab Elina sambil menggeleng terus melihat buku economic di atas meja semula.
"Okay. Kalau macam tu jawab soalan yang saya tulis di hadapan."
Elina memandang Leen, Leen hanya memberi semangat kepada dia. Dia bingkas bangun perlahan-lahan dan pergi ke hadapan. Elina berfikir dahulu sebelum menjawab soalan tersebut. Soalan ini... dia pernah membuat latihan soalan tersebut. Bibir gadis itu menarik satu senyuman.
Dia menulis jawapan tersebut dengan baik kemudian duduk di tempat nya semula. Pensyarah memeriksa jawapan itu dan hanya diam sahaja lalu menyuruh yang lain pula menjawab soalan seterusnya di whiteboard tersebut.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]
Mystery / Thriller1st series of Black Butterfly. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama ibu tirinya. Kehidupan yang berbolak-balik. Kemarahan yang sering memb...