[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 ] - 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒂𝒕

731 38 10
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Naira duduk diam, memerhatikan drama yang berlaku di hadapannya, yang mana dia tidak faham keadaan sebenar.

"Abah, bagi lah Marc pergi ambil Ina dengan Ary kat sana. Marc risau lah keadaan diorang," pinta Marc kepada Datok Kamal, kerisauannya jelas terhadap isteri dan anaknya di sana.

"Jangan risau, Marc. Aku dan yang lain akan uruskan. Lagipun, bos arahkan kau tinggal di sini dan jaga Naira," kata Mustaqim.

"What? Kenapa aku?" Soal Marc, hairan.

"Kau tahu kenapa," jawab Mustaqim.

Marc terdiam.

Mustaqim menepuk perlahan bahu Marc lalu menoleh pada Datok Kamal.

"Jom Datok, kita kena ambil mereka sebelum mereka dalam bahaya terutama sekali Datin."

Datok Kamal mengangguk sambil melemparkan pandangan ke arah Marc yang masih berteleku di atas sofa, pasrah dengan nasibnya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia kenal Daniels bagaimana. Apa-apa pun dia terus melangkah pergi bersama Mustaqim.

Sebaik sahaja mereka pergi, Naira mencuri pandang ke arah Marc, serba salah pula dia ingin bertanya, kerana melihat wajah Marc begitu dingin entah mengapa. Dia ingin bertanya apa sebenarnya berlaku? Dan bagaimana keadaan Ryan di atas, apa baik-baik saja?

"Naira risaukan Ryan ke?" Marc tiba-tiba bersuara membuatkan Naira terkedu, lalu mengangkat wajah memandang abang Marc.

Naira mengangguk senyap, kebimbangannya jelas terpapar di wajahnya.

"Apa sebenarnya terjadi abang Marc?" Soal Naira yang masih tidak faham keadaan sebenar.

"Abang rasa... papa Ryan akan jelaskan pada Naira." Jawab abang Marc melepaskan keluhan berat.

"Kenapa abang Marc tak beritahu Naira je?" Soal Naira hairan.

"Sebab bukan tempat abang untuk mendedahkan semuanya," balas Marc, membuatkan Naira terdiam dengan nada seriusnya.

Raut wajah abang Marc dingin yang tidak pernah aku lihat dia seperti itu, seakan tidak mahu aku bertanya lagi apa yang berlaku sekarang.

"Maaf, abang nak naik atas sekejap." Marc terus bangun dan naik ke atas.

Semasa dia menaiki tangga, kelihatan dua orang bodyguard berkulit hitam di hadapan pintu bilik Ryan dari jauh. Dia melangkah ke arahnya, kemudian tiba-tiba dihalang oleh bodyguard itu.

"You are not allowed to enter." kata bodyguard pertama itu.

"I'm his brother."

"This is the boss's order," kata bodyguard kedua pula.

Marc geram. Dia mahu tahu keadaan Ryan. Ah, lelaki itu.. jika tidak membenarkan dia masuk bermaksud Naira juga tidak dapat masuk sekali menjenguk Ryan.

Marc ingin melangkah untuk mengabaikan amaran tersebut. Tiba-tiba, seseorang memanggil namanya.

"Marc!" Marc menoleh belakang, kelibat Han muncul dengan raut wajah ceria sambil berlari ke arahnya.

Han merangkul leher Marc dengan erat dan menjauhkan Marc dari dua bodyguard tersebut. Dia memberikan senyuman kepada bodyguard yang bengis itu sebelum mendekatkan wajahnya ke telinga Marc.

"Kau gila ke nak lawan cakap dia?" Bisik Han dengan kemarahan tersembunyi.

Marc menghentikan langkah, Han melepaskan rangkulan tersebut.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now