“A good beginning makes a good ending, right?”
᪥᪥᪥
Javier menundukkan kepalanya hormat sambil membuka pintu penumpang kereta.
Daniels, yang baru sahaja menyiapkan kerjanya di syarikat itu, memasuki ke dalam kenderaan. Pintu ditutup dan Javier pantas bergerak ke bahagian pemandu dan masuk.
Kenderaan itu bergerak menuju ke rumah agam itu.
"How is she?" Daniels menyoal sambil jarinya bekerja pada tabletnya.
"She's fine, boss, but.." kata-kata Javier terhenti.
Daniels mengangkat pandangannya dari tabletnya, matanya mengecil sedikit sambil memandang Javier melalui cermin pandang belakang.
"But what?" Daniels menyoal.
"She's as uneasy as ever, boss,"jawab Javier.
Daniels menghela nafas. Ini adalah satu lagi masalah yang dia perlu selesaikan.
Tidak lama kemudian, kereta itu berhenti di hadapan rumah agam itu. Javier cepat-cepat keluar dan membuka pintu untuk Daniels. Daniels melangkah keluar dan berjalan ke arah pintu masuk. Dia memasuki ruang legar besar, meletakkan tablet dan dokumennya di atas meja berdekatan. Dia berhenti seketika, memerhatikan menantunya, Naira, mundar-mandir dengan resah.
"Ma-ma'am.. err boss." Pembantu rumah yang kelihatan cemas itu terus menunduk kepada Daniels setelah tergesa-gesa mengejar Naira tadi.
Langkah Naira terhenti, bertemu pandangan Daniels seketika sebelum dia menundukkan wajahnya, cuba menyembunyikan rasa resahnya. Mungkin lain kali, dia akan mendapat keberanian untuk mencari jawapan yang dia perlukan.
"What's going on?" Daniels bertanya, suaranya tenang tetapi ada nada tegas di situ.
"Err, ma'am-" pembantu rumah itu tergagap-gagap.
"Nothing, papa. Naira cuma craving tadi," pantas Naira mencelah sambil tersenyum paksa.
Daniels mengalihkan perhatiannya kepada Naira.
"What do you really want to know, Naira?" Daniels bertanya dengan tenang.
Naira terus diam. Adakah papa tahu apa yang sedang dia ingin tahu?
Daniels mengerling ke arah pembantu rumah itu, yang tunduk hormat dan berundur secara senyap.
"Have you had dinner yet, Naira?" tanya Daniels, prihatin dengan menantunya yang sedang mengandung. Naira menggelengkan kepalanya.
"Tak ada selera? Lagi?" Daniels bertanya, nadanya melembut. Naira terdiam.
Daniels melangkah menghampiri.
"Follow me," arah Daniels, memberi isyarat supaya dia mengikut.
Naira teragak-agak dan tidak pasti tetapi patuh mengikut papa menuju ke lif. Ketika di dalam lif, dia melihat papa menekan butang aras tiga. Itu..
Aras itu..
Papa pernah melarangnya naik ke aras itu. Naira tidak pernah berani menentang perintah papa, bahkan tidak pernah menjejakkan kaki ke tahap itu. Mungkin kerana itu adalah ruang peribadi papa.
Apabila pintu lif terbuka, dia melangkah keluar, jantungnya berdegup kencang, matanya terbeliak terkejut, terpesona seketika dengan pemandangan di hadapannya. Koridor bermandikan cahaya hangat yang tidak dijangka, berbeza dengan suasana sejuk dan gelap di tingkat bawah.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]
Mystery / Thriller1st series of Black Butterfly. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama ibu tirinya. Kehidupan yang berbolak-balik. Kemarahan yang sering memb...