[ 𝑭𝒐𝒖𝒓𝒕𝒚 𝑭𝒐𝒖𝒓 ] - 𝑻𝒂𝒏𝒅𝒂

1K 52 36
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

"Daniels, izinkan aku untuk memeriksa bahu kau."

"No need, it's not serious."

Dr Kamal tidak mengendahkan kata-kata Daniels. Dia pantas melangkah ke arah Daniels, yang duduk di hadapannya dan terus menyelak kolar putih lelaki itu di bahunya.

Daniels tidak mengendahkan tindakan Kamal dan memberi isyarat kepada anak buah di sebelahnya supaya berundur. Dia sudah terbiasa dengan cara Kamal dari awal lagi. Dia tahu bahawa Kamal mengambil berat tentangnya.

"Aku terpaksa buat begini. Aku kenal kau macam mana, ego. Lihat, kesan gigitan ini mendalam, Daniels." Kata Kamal dengan wajah kerisauan. Walaupun Daniels pernah mengalami kecederaan ringan dan besar atas perbezaan situasi, dia tetap risau keadaan Daniels.

Daniels menepis perlahan tangan Kamal dari bahunya. Dia menutup luka di bahunya kembali.

"Aku dah biasa. Tak perlu khawatir hal ini."

"Biar aku periksa. Apa ada lagi luka?"

Pandangan tajam menatap ke arah doktor itu. Dan tetap dia menafikan.

"Tiada."

"Daniels, aku tahu ada lebam bukan?"

Daniels malas melayani Doktor itu.

"Macam mana boleh ini terjadi?" Soal Doktor Kamal sambil duduk kembali di sebelah isterinya.

Daniels hanya diam memandang ke arah lain. Dia masih mengingati perkataan anaknya sebelum ini.

"AKU BENCI KAU!! AKU NAK JUMPA MAMA!! BAGI AKU JUMPA MAMA!!"

Apa anaknya lebih merindui arwah Amelia berbanding dia? Sedangkan sudah 3 tahun dia dan anaknya tidak berjumpa.

"Aku tahu kau tidak mahu memberitahu, tidak apa Daniels. Aku faham. So, dia masih tidak sedarkan diri lagi? Luka dia, bagaimana? Sudah okay?" Soal Doktor Kamal melihat Daniels hanya diam sahaja.

"Hm.. pekerja aku sudah merawatnya."

"Kalau-"

"Kamal."

Terhenti kata-kata Kamal lalu memandang lelaki itu.

"Aku panggil kau ke sini bukan kerana ini, tetapi untuk memberitahu kau perkara penting."

"A--Apa dia?" Doktor Kamal mulai serius melihat salah seorang anak buah Daniels memberi sebuah fail kepada Daniels.

᪥᪥᪥

Hangat tangan membuat dia menggeliat. Mata yang sedikit membengkak membuka perlahan-lahan. Kepalanya masih pening. Bermakna papa sudah memberi dia ubat sewaktu dia terlelap.

Dia memang tidak suka ubat. Sungguh.

Kepala menoleh sisi.

Matanya terpaku lama.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now