[ 𝑻𝒘𝒆𝒏𝒕𝒚 𝑻𝒉𝒓𝒆𝒆 ] - 𝑲𝒆𝒍𝒆𝒎𝒂𝒉𝒂𝒏

1.1K 89 30
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

⚠️WARNING: Kandungan yang mengandungi abuse, self-harm, suicide, kekejaman dan darah.

---------

Alex keluar dari ruangan tersebut dengan perasaan geram. Nafas turun naik deras dan satu tumbukan dituju pada dinding.

"F*ck punya budak! Heish! Aku nak dia menangis bukan ketawa!"

Edric di sampingnya hanya diam. Dia juga saksi remaja tadi. Sudah diseksa malah remaja itu ketawa tanpa henti. Gila bukan? Remaja itu seakan suka akan kesakitan dialami.

Pada mulanya, Alex tidak tahu remaja itu sakit mental. Seingat dia wanita itu kata remaja itu sihat mental dan fizikal. Maka, dia sangka remaja ini hanya terperangkap di pusat sana kerana wanita ini. Malangnya, dia ditipu rupanya.

Dia berusaha menelefon wanita itu beberapa kali, tetapi tidak diangkat. Alex menggenggam telefon itu seperti mahu pecah.

"Dasar perempuan! Kau bagi aku budak sakit otak! Patut pun dia ketawa tak henti-henti." Geram Alex.

Dia memikirkan cara untuk membuat remaja itu tidak ketawa lagi. Bukan ini dia mahu melihat. Lagi pun, bukan buat dia senang malah remaja itu yang kelihatan senang sekali.

Alex menggeggam penumbuk dengan geram. Kalau dia dapat jumpa perempuan tua tu, habis dia cincang-cincang sampai tiada seinci pun!

"Alex, kita nak buat apa dengan budak tu?"

Alex berfikir lama. Impiannya hanya satu, buat budak itu menangis menderita. Alex tersenyum senget ketika mendapat idea yang bernas.

"Ed, kau ada lagi barang tu?"

"A-ada lagi." Hairan Edric tentang 'barang' yang ditanya Alex. Setahu dia, Alex akan tanya selepas dia menjual hujung minggu ni.

Alex tersenyum senang, "Bagi budak tu makan."

"Serius ke ni Alex? Kau tak pernah buat kat orang lain sebelum ni. Kau cuma seksa je."

"Ya. Sebab sebelum ni orang aku seksa menangis, ini ketawa aku dapat!" Marah Alex.

"Aku rasa baik kau cari kelemahan dia dulu."

Alex diam. Ya tak ya juga apa Ed katakan. Kenapa dia tidak terfikir hal itu? Tapi apa? Apa kelemahan budak itu? Pasti ada. Semua orang pasti ada kelemahan atau kekurangan sendiri.

Dia memikir lama.

Dia tidak boleh bertindak melulu pada budak itu. Harus punya strategi. Biar ia berjalan dengan sempurna.

Alex berjalan ke arah satu pintu yang terselindung dengan warna cat gelap sama seperti dinding.

Itu adalah pintu keluar.

Dia menolak pintu tersebut untuk mengambil udara segar bagi menenangkan fikiran dan hati yang kusut. Ingat dapatlah dia enjoy hari ini tetapi terjadi sebaliknya.

Kelihatan hari pun semakin senja.

Dia mengalih pandangan pada Bobby yang duduk di bangku luar disediakan. Entah apa dia buat di situ, Alex tidak tahu.

Dahi berkerut lantas memanggil Bobby di situ.

"Bobby! Sini jap!"

Bobby menoleh lalu berjalan sambil mendukung haiwan dalam dakapannya.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now