[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑩𝒐𝒏𝒅𝒂

726 36 23
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Pov Kytor

Suasana yang bising di luar membuatkan aku terbangun. Entah apa yang dikecohkan di bawah, pon aku tak tau. Aku bangun dan melangkah keluar dari bilik. Aku menuruni tangga dan melihat abah, bonda dan semuanya berada di situ. Suasana mereka tegang dan aku perasan Naira baru pulang dari kerja.

Apa yang berlaku?

"Ke-kenapa ni abah?" Aku pandang wajah abang Marc yang kelihatan seakan baru lepas dimarahi.

Semua orang merenung aku dengan wajah terkejut sedikit. Bonda pergi ke arah aku.

"Ryan, jom naik atas ya," ucap bonda yang seakan menahan sesuatu kesakitan di dada.

"Kenapa ni bonda? Bonda okay ke?" Aku kebimbangan melihat keadaan bonda.

"Takde apa, bonda okay.." Tiba-tiba bonda rebah ke lantai. Aku terkejut. Semua bangun dalam keadaan terkejut melihat bonda sudah tidak sedarkan diri.

"Bonda!" Aku cemas. Aku mengejutkan bonda beberapa kali.

"Marc! Telefon ambulans!" Jerit abah. Marc menuruti dan aku perasan abang Marc sudah gelabah. Jari-jemarinya mendail laju nombor tersebut.

"Jangan sesak dia, dia perlukan udara,"kata abah memberi arahan.

Aku tahu itu. Sebab aku pernah belajar tentang kedoktoran. Aku cuma risau, terlalu risau. Aku tak nak kehilangan bonda. Jantung aku berdegup laju. Seakan memikir sesuatu yang buruk akan terjadi.

"Bonda.." aku mengesat air mataku.

"Ryan. Bonda tak apa-apa. Jangan risau." Abah meyakinkan aku.

Aku masih menangis tanpa henti. Sebab aku sayangkan bonda. Aku terlalu sayangkan bonda.

'Mama.. tolong bonda..' kata aku dalam hati.

"Doa pada Allah supaya bonda selamat," ucap abah seakan dapat baca isi fikiran ku.

Tak lama selepas itu, ambulans sampai. Mereka bawa masuk bonda, abang Marc sudah masuk ke dalam ambulans termasuk perawat tersebut.

Aku nak masuk, tetapi abah menghalang.

"Yan, duduk rumah ya. Nanti abah bagitau."

"Kenapa? Yan nak ikut abah."

Datok Kamal berasa bimbang. Bimbang kalau-kalau ada berita yang merisaukan sampai ke telinga Ryan. Dia kenal sifat sensitif Ryan bagaimana, hanya sedikit berita buruk sudah pasti akan menggerakkan emosi Ryan di luar kawalan.

"Yan.. dengar cakap abah boleh? Kalau nak bonda selamat, doakan bonda ya."

Aku memegang lengan abah.

"Nak ikut abah.."

"Mustaqim." Abah memandang mustaqim. Aku tak faham.

Tiba-tiba Mustaqim memegang aku, dan melepaskan tangan aku dari abah membiar abah pergi.

Aku terkejut dan mengejar abah tetapi Mustaqim menahan aku. Aku cuba menarik tangan aku dari pegangan Mustaqim.

"Abah!! Abah!! Yan nak ikut!!"

Aku pandang Mustaqim dengan raut wajah marah.

"Bagi aku pergi Mustaqim!" Mustaqim tetap tidak mahu melepaskan aku. Aku pandang abah kembali yang sudah semakin jauh

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now