BAB 6

1.8K 167 22
                                    

RUANGAN yang riuh rendah kini bertukar hening, keenam-enam mereka duduk saling berhadapan diatas sofa yang terdapat didalam bilik Ayan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


RUANGAN yang riuh rendah kini bertukar hening, keenam-enam mereka duduk saling berhadapan diatas sofa yang terdapat didalam bilik Ayan.

"Luben dengan Zoran macam mana?".

Anak matanya yang tajam bagaikan helang tepat memanah kearah Aeden.

"Diorang dah lari".

"Sh*t!!".

Bergetar rahangnya menahan geram sehingga kedengaran giginya bergesel diantara satu sama lain.

"Kita nak hentikan misi ni ke?".

Zaid yang duduk bersebelahan Nich akhirnya bersuara selepas lama mendiamkan diri memerhatikan Ayan.

"Tak"

"Kita kena teruskan".

"Luben dengan Zoran bila-bila masa je akan buat kacau lagi".

Ayan menjawab sambil memandang kearah meja yang dipenuhi dengan gambar Luben dan Zoran berserta anak-anak buah mereka.

"Tapi kita tak boleh teruskan sekarang, kau masih belum sembuh".

"Habis, takkan kau nak kita biar je diorang lari?".

Ayan dan Aeden masing-masing merenung satu sama lain, mata hazel mereka bertembung membuatkan Adib yang berada di tengah-tengah mereka menunduk sedikit.

"Lepas kau dah sembuh kita mula balik misi ni, sementara ni kita tinggal dekat sini dulu".

"Ehh bang, ko ni sedap je bercakap geram lak aku, habis anak bini kau macam mana, nak tunggu Ayan sembuh ambil masa juga tau, takkan nak tinggal diorang macam tu?".

Mendengar kata-kata yang dilontarkan Adib membuatkan Zaid dan Nich mengangguk serentak tanda setuju.

"Kita bawa diorang tinggal dekat sini sementara, lepas Ayan sembuh, kita mula misi semula, dah hantar diorang semua balik Malaysia".

"Maksudnya kita tak balik Malaysia ke?".

Sekali lagi Adib menyoal kepadanya.

"Tak, kita tak boleh balik Malaysia selagi misi ni tak selesai, Luben dengan Zoran boleh buat macam-macam dekat sini selagi mereka berdua masih bebas".

Ayan menjawab pertanyaan yang dilontarkan Adib, lalu memandang kearahnya.

"Habis company macam mana?".

Kali ini giliran Nich bersuara.

"Korang berdua boleh minta Habil dengan Syazwan handle dulu buat sementara, yang lain kita buat dari sini".

Mendengar jawapan Aeden membuatkan kelima-lima mereka mengangguk perlahan.

Tok!! Tok!! Tok!!

Pantas keenam-enam mereka mengalihkan pandangan kearah pintu.

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Where stories live. Discover now