MEREKA berpandangan silih berganti, cuba untuk memahami situasi yang sedang berlaku, kelihatan Ayan bersama seorang gadis masih lena dibuai mimpi, namun masih terdapat jarak diantara mereka kerana saling berhadapan.
"Bismillah, dengan izin Allah SWT, aku bangunkan engkau"
Adib yang berdiri tegak dihadapan abangnya, mula menghanyunkan tangannya keatas langit lalu menampar kuat dada Ayan.
PAKKK!!
"Uhukk...."
Tamparan kuat pada dadanya membuatkan serta merta Ayan membuka matanya, dengan pantas dia bangkit dari pembaringan sambil menggosok dada.
"Kau apahal gila, kalau aku mati sebab sakit jantung tadi macam mana?".
Dengan muka yang mulai memerah menahan perih didadanya Ayan meninggikan sedikit suaranya kearah Adib, memang dah cukup pahala agaknya budak ni.
Tengkingan perlahan dari Ayan itu membuatkan Adele terjaga dari tidurnya, sebaik sahaja membuka mata, dia terkejut melihat empat orang lelaki masing-masing mempunyai tubuh yang sedikit sasah sedang berdiri dihadapan dia dan Ayan, hanya dalam beberapa saat dia dapat mengecam siapakah gerangan keempat jejaka itu. Dengan cepat dia menegakkan tubuhnya lalu perbetulkan sedikit rambut serta bajunya yang sedikit tidak terurus.
"Hah patutnya kau bersyukurlah aku bangunkan kau dengan cara macam ni, kalau aku bangunkan dengan cara panggil JAIS, tak sia-sia Walid ngan Bonda ada kenduri kahwin kat rumah".
Adib berkata sambil mencekak pinggangnya.
Mendengar satu persatu bebelan yang dilontarkan oleh Adib membuatkan Ayan sedar akan sesuatu, dengan pantas dia memandang kearah Adele, gadis itu kini sedang duduk berhadapan dengannya sambil memerhatikan mereka. Entah kenapa didalam hatinya merasa lega apabila melihat kelibat Adele masih disitu.
Sedar akan pandangan Ayan, mereka berdua kemudian saling berpandangan buat beberapa saat. 1...2...3....
"Hok dienye main tenung-tenung pulak, kite dok bebel kat sini takdenye nak dengar".
Adib berkata lagi, kali ini dia juga turut melabuhkan punggungnya bersebelahan Ayan.
"Shaqeel"
Suara garau Aeden membuatkan semua mata berpaling kearahnya, kecuali Ayan, dia tahu akan nada itu, lantas perlahan-lahan dia menundukkan wajahnya dan memandang lantai.
"Aku datang sini, nak buat research sikit, tapi tak tahu pulak library harini tutup awal".
Sempat dia menjeling kearah Adib, dari awal dia tahu jika bukan disebabkan Adib menipu dia, memang takkan dia jejak kakinya disini.
Satu sengihan Adib lemparkan padanya, hehe minta maaf Bang.
"Sama macam dia, dia pun teperangkap dekat sini, tak tahu library tutup awal",
YOU ARE READING
AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2
Romance[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"-Tengku Ayan Shaqeel "𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚, 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐞 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞...