GELAK tawa yang riang telah membendung kesunyian petang di banglo itu, matahari yang semakin turun dari langit menunjukkan senja bakal menyapa, pandangan dari arah balkoni telah menjadi tempat kegemarannya sepanjang tinggal bersama keluarga itu.
Dari atas balkoni mata coklat cairnya tertumpu sepenuhnya pada Areeq, Aneeq dan Haura yang sedang bermain dengan Adib dan Fawwaz di halaman rumah.
Kadang senyuman tipis secara spontan menyergah bibirnya tanpa sengaja apabila melihat gelagat mereka bermain bersama.
"Tak teringin ke?".
Satu suara garau membuatkan serta merta senyumannya mati. Lantas pandangan dialihkan.
Dengan pantas mata bertembung iris berwarna hazel yang berada dihadapannya.
"Tak teringin apa?".
Kening dikerutkan meminta jawapan.
"Tak teringin ke nak ada anak?".
Membulat matanya mendengar kata-kata yang dilontarkan Ayan, serta merta terasa seakan ada sesuatu yang tersangkut di anak tekaknya lantas tangan naik memukul dada dengan perlahan kerana tersedak.
"Apa jenis soalan awak bagi ni!!"
Jelingan maut diberikan kepada jejaka itu, dengan perasaan geram badan dipusingkan kehadapan, kembali melihat pemandangan indah kanak-kanak suci sebentar tadi.
"Dah saya tengok awak macam obses sangat dengan budak-budak tu, stalker pun boleh insecure".
"Tak lah!!, Saya suka tengok budak-budak tu main, tenang je dunia diorang macam takde masalah".
Tangan dinaikkan pada pagar balkoni, lalu naik menongkat dagu.
"Memanglah tenang, bapak diorang jutawan kot".
Sekali lagi satu jelingan maut menikam mata hazel disebelahnya.
Melihat reaksi yang diberikan Adele membuatkan Ayan tersenyum manis tanpa sedar.
'Cute'
Dia kemudian turut menyandarkan diri pada balkoni lalu pandangan turut dihalakan pada Adib.
'Tak pernah nak matang anak pungut ni'
Didalam hati dia berbisik lalu mengelengkan sedikit kepalanya.
Buat seketika kesunyian mulai menyapa mereka berdua. Masing-masing mendiamkan diri sambil mengamati keindahan alam semula jadi di hujung pelusuk Kota Paris.
"Nak tanya something boleh?".
Melihat anggukan kepala dari Adele membuatkan Ayan faham akan keizinan yang diberikan.
"Family awak dekat sini ke?"
Lantas pandangan dialihkan semula kearah jejaka itu.
"Nope"
YOU ARE READING
AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2
Romance[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"-Tengku Ayan Shaqeel "𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚, 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐞 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞...