BAB 19

1.9K 172 20
                                        

SATU persatu tetamu yang menghadiri majlis akad nikah mereka beransur pulang, majlis tertutup yang diadakan dengan menjemput hanya keluarga terdekat, rakan serta beberapa orang wartawan menjadikan majlis sederhana dengan bertemakan outdoor di hala...

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

SATU persatu tetamu yang menghadiri majlis akad nikah mereka beransur pulang, majlis tertutup yang diadakan dengan menjemput hanya keluarga terdekat, rakan serta beberapa orang wartawan menjadikan majlis sederhana dengan bertemakan outdoor di halaman rumah dan warna putih menjadi pilihan utama berserta gabungan bunga baby breath dan bunga matahari sebagai hiasan minimalis, bagi majlis akad nikah dan persandingan mereka telah membuatkan majlis itu kelihatan meriah dan tenang mata memandang.

Selesai majlis persandingan yang dilakukan secara sederhana, dua pasangan sejoli yang baru sahaja dihijab kabulkan Ayan dan Adele bersama-sama berdiri dihadapan pintu bagi menghantar para tetamu yang beransur pulang.

"Ayan...."

Sayup-sayup kedengaran suara Adib dari arah belakang mereka membuatkan kedua-duanya memusingkan badan.

Hanya dalam beberapa saat, terasa hangat tubuh Ayan apabila mendapati Adib sedang memeluknya dari arah belakang.

"Tak sangka".

"Tak sangka, kembar aku dah kahwin".

Adib berkata dengan mata yang berkaca memandang kearah Abang kembarnya.

"Aku kahwin je Dib, bukan arwah sampai nak nangis bagai".

Ayan berkata sambil mengelengkan kepalanya beberapa kali sambil memandang kearah Adib.

"Kau ni jangan main bab-bab arwah boleh tak, tuhan makbulkan betul-betul karang".

Satu jelingan menyampah dia hadiahkan lalu melepaskan pelukkannya, baru nak feeling-feeling sedih member dah minta jadi arwah.

"Yelah-yelah sorry".

Tergelak kecil Adele apabila melihat Ayan yang sedang berusaha memujuk Adib.

"Sekarang ni aku dah boleh lega".

Adib menepuk bahu kanan Ayan sebelum dia mengalihkan pandangannya kearah Adele.

"Lega?"

"Asal pulak?".

Ayan mengerutkan keningnnya.

"Yelah aku dah boleh lega, lepasni dah ada orang yang boleh jaga kau, tak lah aku susah hati kalau-kalau aku takde nanti".

Satu senyuman manis Adib berikan kepada Adele.

"Merepek lah kau ni!!".

Ayan meninggikan sedikit suaranya kearah Adib.

"Apa?".

"Betullah kan?".

"Kalau aku takde nanti ada jugak yang tolong jagakan kau, sekurang-kurangnya terjamin lah sikit hidup kau kalau aku takde".

Riak wajah Ayan semakin berubah memandang kearah adiknya, dia tidak suka dengan topik yang sedang dibahaskan Adib sekarang.

"Adele, jaga dia baik-baik tau, selama 25 tahun kitorang hidup, kitorang tak pernah pisah tau, kau tolong jaga dia baik-baik ye".

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang