Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"ADELE Estelle Fluerine binti Tan Sri Adam Fakhry"
"Will you marry me?"
"Yes!!"
Kenangan 3 jam lepas masih segar dalam ingatannya, degupan jantung masih belum kembali normal, setiap kali dia mencuba untuk mengingati semula dialog yang dilontarkan oleh Ayan semasa melamarnya sebentar tadi membuatkan dia semakin tidak tenang dan berdebar setiap masa.
"Yes?"
"Yes?"
"Kau 'Yes' macam tu je Estelle?, buat malu betullah arghh!!, mesti family dia tau aku dah lama crush dekat dia sebab main jawab macam tu je tanpa fikir panjang"
"Buat malunya YaAllah!!"
Adele berkata sendirian sebelum menekup mukanya sendiri menggunakan bantal. Dia masih tidak dapat melupakan kejadian yang memalukan itu, hanya dalam beberapa saat dia menjawab lamaran Ayan dengan nada yang sedikit teruja sehingga menyebabkan semua tumpuan beralih kearahnya termasuk Ayan yang menayang senyuman tipis dengan menaikkan sebelah keningnya.
"Estelle, ibu masuk boleh?"
Sedang dia cuba untuk menahan geram, tiba-tiba kedengaran suara Puan Sri Erellyn dari luar bilik tidurnya.
"Yes mom, come in"
Adele memberi kebenaran kepada ibunya untuk masuk kedalam bilik. Sebaik sahaja Puan Erellyn memasuki ruangan itu dia kemudian mengatur langkah kearah katil milik Adele lalu mengusap lembut kepala anak gadisnya sebelum melabuhkan punggungnya dihadapan Adele.
"Kenapa ni?. dari luar tadi ibu dengar Estelle terjerit-jerit macam kena sampuk why dear?".
Puan Sri Erellyn menaikkan keningnya, meminta jawapan.
"Takde papelah ibu, I'm just feel a little bit embarrassed".
Adele berkata sambil menundukkan sedikit wajahnya.
"Malu?, lah kenapa pulak nak malu?"
Semakin binggung Puan Sri Erellyn dengan perangai anak gadisnya ketika ini, tadi bukan main excited terima lamaran anak teruna orang.
"Cara Estelle jawab lamaran dia, macam Estelle yang tak sabar sangat nak kahwin, tak sampai 2 saat Estelle dah kata 'Yes' dekat dia".
Mendengar jawapan yang diberikan oleh Adele membuatkan Puan Sri Erellyn terhibur lalu ketawa sambil menghapuskan air matanya yang hampir keluar.
Melihat reaksi dari ibunya membuatkan Adele semakin cemberut. Orang baru nak meluah ni ibu dah gelakkan.
"Anak ibu ni kadang-kadang kelakar jugak kan?, haih tak lama lagi dah nak jadi isteri orang dah".