BAB 12

1.5K 142 1
                                    

SATU persatu kereta mereka berhenti betul-betul dihadapan sebuah bangunan besar berwarna kelabu yang berbentuk trapezium dan dikelilingi dinding besi serta kaca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SATU persatu kereta mereka berhenti betul-betul dihadapan sebuah bangunan besar berwarna kelabu yang berbentuk trapezium dan dikelilingi dinding besi serta kaca.

Terdapat ramai pengawal yang menjaga pintu masuk serta kawasan disekitarnya. CCTV berada di setiap pelusuk kawasan itu.

Selesai sahaja mematikan enjin lantas satu persatu dari mereka keluar dari kenderaan masing dengan lengkap bersut uniform polis tempur dan memakai baju anti peluru dengan tulisan "SWAT" dibahagian belakang.

Orang pertama yang sampai dihadapan pintu bangunan itu adalah Ayan, diikuti Aeden dan yang lain. Masing-masing membuat pengesahan identiti diri sebelum melangkah masuk kedalam bangunan itu. Sepanjang perjalanan mereka untuk masuk kedalam ruangan bawah tanah, kesemua pegawai polis yang melintasi mereka telah memberi tanda hormat dengan cara menabik kearah mereka berenam. Malahan ada juga sebahagian dari pegawai polis itu, turut mengikuti mereka dari belakang.

"General!!"

Sebaik sahaja masuk kedalam ruangan itu lantas keenam-enam mereka berhenti berlari dan berdiri tegak lalu menabik diikuti anggota polis yang lain, ketika melihat Inspector General Thomas berdiri betul-betul dihadapan mereka.

"Captain!!"

Lelaki tua itu membalas kembali dengan menabik kearah Ayan dan Aeden.

"Red code?".

Ayan melabuhkan punggungnya diatas salah satu kerusi yang terletak mengelilingi sebuah meja berwarna hitam pekat seakan-akan merja mesyuarat itu, diikuti dengan yang lain.

"Luben and Zoran".

Berkerut kening Ayan apabila mendengar kedua nama lelaki itu disebut oleh Inspector Thomas. kenapa lagi dengan dua malaon ni.

"Un cas d'enlèvement s'est produit à l'hôpital Lyon Sud".
(Satu kes penculikan telah berlaku di Hospital Lyon Sud).

Inspector Thomas menekan beberapa butang yang ada diatas meja itu lalu hanya dalam beberapa saat hologram berbentuk tiga dimensi gambaran Hospital Lyon Sud terpancar dihadapan mereka.

Mendengar nama hospital yang disebutkan orang atasannya membuatkan Ayan menelan sedikit salivanya. Peluh dingin didahinya mula mengalir perlahan. Jantungnya kini mulai berdebar.

"La victime de l'enlèvement impliquée est Zoran, et le criminel présumé actuel est Luben".
(Mangsa penculikan yang terlibat dalam kes ni adalah Zoran, dan penjenayah yang disyaki sekarang adalah Luben)

Inspector Thomas kemudian menekan punat lain dan telah menyebabkan hologram tiga dimensi itu tadi yang berbentuk Hospital Lyon Sud bertukar menjadi kepingan gambar Luben serta Zoran.

"Ehh jap, hospital ni bukan tempat Adele kerja ke?".

Suasana yang tegang seketika tadi terhenti disebabkan Adib, lantas kesemua mata memandang kearahnya. Tetapi tidak untuk Ayan, mata hazelnya masih merenung tajam kearah gambar Luben dan Zoran.

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Where stories live. Discover now