BAB 26

1.1K 67 17
                                    

RENUNGAN tajam dari mata Ayan membuatkan dia sedikit gugup. Sudah hampir seminit mereka berdua berdiam diri sambil berpandangan kearah satu sama lain.

"Awak orang tu kan?"

Adele mengerutkan keningnya, sedikit tidak faham akan soalan yang diberikan Ayan kepadanya.

"Orang yang stalk saya selama ni, awak kan?"

Adele menelan salivanya, sekarang dia faham akan soalan yang diberikan jejaka itu.

"Sa...saya"

Dia menggumam sendirian.

Tidak mendengar jawapan dari Adele membuatkan Ayan menganggukkan sedikit kepalanya, dia yakin dengan firasatnya selama ini.

"Jadi betullah awak suka saya kan"

"Awak yang stalk saya selama ni"


Ayan masih menunggu Adele untuk berbuka mulut, memang sudah jelas bahawa gadis dihadapannya adalah orang yang sering memerhatikannya dari jauh selama ini, namun dia masih tidak berpuas hati selagi Adele tidak menjawab pertanyaanya.

Adele masih diam membisu, sukar untuk dia mengiyakan, terlalu banyak kemungkinan yang bakal terjadi didalam kepalanya waktu ini.

"Awak kalau siang memang ada syndrome bisu ke?, waktu malam haritu elok je bercakap".

Ayan menyilangkan kedua-dua tanganya.

"Ye betul"

"Betul apa yang awak cakap, saya stalk awak".

"Dah habis dah soalan awak?, kalau dah habis saya pergi dulu".

Baru sahaja mahu bangkit dari tempat duduknya. Ayan berdiri lalu menyandarkan tubuhnya kehadapan tepat beberapa inci dari wajah Adele.

"Stalk kenapa?, suka?, suka saya?".

Aroma minyak wangi Ayan kuat menusuk kehidung, hampir membuatkan Adele leka dengan ketampanan jejaka yang hanya berjarak beberapa inci di hadapannya.

"Kalau ye kenapa?, tak boleh?".

Adele membalas renungan jejaka itu, kali ini dia tidak mahu mengalah, setakat modal tenung-tenung orang macam tu ingat orang boleh cair ke.

"Keep it up"

Ayan berkata sambil tertawa kecil, senyuman
nya membuatkan lesung pipit disebelah kiri pipinya kelihatan jelas. Dia kemudian sempat menggosok kepala Adele menyebabkan rambut gadis itu sedikit kusut sebelum pergi meninggalkan Adele seorang diri.

1...2...3

"Dumb, Adele what he just did to you"

Adele menggumam sendirian sambil matanya terkebil-kebil melihat kelibat Ayan yang semakin hilang jauh kehadapan.

"He's approve?"

"Seriuslah?, kerek siak mamat ni, ingatkan nak kena marah sebab stalk dia".

"Bukannya nak kata dia suka kita juga ke, or nak dengan kita juga ke, ni dia suruh kita teruskan stalk dia, apa gila mamat ni".

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Where stories live. Discover now