SEJAK tadi sudah hampir setengah jam dia mendiamkan diri, pandangannya hanya dihalakan keluar tingkap, Ayan yang duduk bersebelahan dengannya ditempat pemandu dibiarkan begitu sahaja sejak sidang media berakhir.
Sesekali Ayan memandang kearahnya, suasana sunyi didalam Tesla 3 berwarna hitam milik Ayan menjadikan keadaan semakin renggang.
"Adele?".
Ayan cuba memberanikan untuk mengajukan soalan, sejak tadi dia memerhati gadis itu, namun tiada sebarang reaksi mahupun perkataan yang keluar dari mulutnya.
"Are you okey Tournesol?".
Lembut sahaja Ayan bertanya padanya.
"Okey".
Adele menjawab tetapi pandangannya masih tidak lepas dari memandang kearah luar tingkap.
"Why dear?".
"Kenapa macam tak nak cakap dengan Saya?"
"Saya ada buat salah ke?".
"Kalau Saya ada buat salah, Saya minta maaf ye, Saya tahu Saya salah, I'm so sorry".
Mendengar permohonan maaf dari Ayan membuatkan Adele berpaling kepadanya.
"Dua minggu lagi?"
"Are you serious?"
"Kenapa tak bincang dengan Saya, kita nikah dua minggu lagi".
Adele mengerutkan keningnya namun nadanya masih lembut apabila berbahas dengan jejaka itu.
"Tak bincang?, bukan kita dah setuju ke, Walid, bonda, Ayah dan ibu pun setuju untuk percepatkan perkahwinan kita, awak pun setuju masa tu".
Ayan menghidupkan signal dibahagian kiri sebelum menghentikan keretanya di bahu jalan buat sementara.
"Saya setuju?".
Adele memandang tepat kearah iris hazel Ayan meminta kepastian, sejak bila pulak aku setuju kahwin cepat-cepag dengan dia ni.
"Ye sayang, awak setuju".
BAMB!!
Membulat mata Adele apabila mendengar perkataan 'sayang' keluar dari mulut Ayan. Seperti biasa tanpa diminta pemerah pipi semula jadinya telah berfungsi dengan baik.
"Tap-tapi saya tak ingat pun yang saya setuju?"
Tergelak kecil Ayan apabila melihat Adele yang tergagap sedikit dengan pipi yang semakin memerah, elehh elehh buah hati Ayan blushing pulak.
"Macam mana awak nak ingat sayang, kalau masatu awak asyik termenung pandang Saya".
"Saya tahulah Saya ni handsome, tapi jangan tenung lama-lama sangat, cause I'm gonna be yours".
Semakin berbahang pipi Adele apabila Ayan tidak henti-henti mengeluarkan ayat manisnya, mak aii, ni betul ke Ayan ni?, tak pernah-pernah nampak mamat ni sweet macam ni dah kenapa?.
YOU ARE READING
AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2
Romansa[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"-Tengku Ayan Shaqeel "𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚, 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐞 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞...