BAB 11

1.7K 159 7
                                    

SEJAK tadi sudah hampir setengah jam dia berdiri dihadapan pintu bilik VVIP itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEJAK tadi sudah hampir setengah jam dia berdiri dihadapan pintu bilik VVIP itu. dia melihat kedalam melalui cermin kaca yang sedia ada di pintu kerana tidak mahu menganggu pesakit. Sayup-sayup kedengaran bunyi mesin Ventilator dari dalam ruangan yang menandakan pesakit masih dalam keadaan kritikal tidak sedarkan diri.

Pandangan tidak dia alihkan dari sekujur tubuh yang sedang berbaring diatas katil dipenuhi dengan wayar.

"Oitt!!"

Satu sentuhan pada bahunya membuatkan dia terkejut. lantas dia berpaling melihat gerangan yang menganggu fokusnya.

"Pourquoi regardez-vous secrètement le patient?". (Kau dah kenapa curi-curi tengok pesakit tu?).

Kelihatan Castle yang sedang menjengketkan kakinya untuk turut melihat kedalam ruangan mulai bersuara lantang.

"Castle!!, shutt!!"

Adele memberi amaran agar Castle tidak menguatkan suaranya dengan mendekatkan jari telunjuk kebibirnya.

"Why?"

"De tout à l'heure je t'ai vu le regarder?"
(Daripada tadi aku tengok kau asyik perhatikan dia).

Sekali lagi Castle mengajukan soalannya kepadanya. Seperti biasa itulah simanis Castle yang hidup penuh dengan sifat ingin tahu yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya.

"Who's him?"

Tanpa membalas pertanyaan sahabatnya, kini Adele membalas kembali dengan soalan kepadanya.

"I don't know"

Castle menaikkan kedua-dua bahunya sambil bersandar pada dinding.

"A-t-il eu un accident?, pourquoi a-t-il l'air si mal comme s'il avait été touché?"
(Dia kemalangan ke?, kenapa nampak teruk sangat macam lepas kena pukul?)

Sekali lagi Adele mengajukan soalan namun kali ini pandangannya dialihkan semula kepada lelaki itu.

"C'est exact", (Betullah tu)

Castle menjawab dengan nada mendatar.

"Oh my gosh!!, seriously??"

Membulat mata Adele apabila mendengar jawapan yang diberikan rakannya, dia tidak menyangka apa yang difikirkan sejak tadi adalah benar.

Melihat Castle yang menganggukkan kepalanya membuatkan Adele bertambah simpati dengan lelaki itu.

"Kesiannya, siapalah yang jahat sangat pukul dia sampai jadi macam ni?"

"Eeeee, geramnya aku, kalau aku tahu siapa yang aniaya dia sampai macam ni memang aku lumat-lumat dia sampai penyek".

Adele menekan-nekan buku limanya ketapak tangan seakan-akan sedang melenyekkan sesuatu.

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Where stories live. Discover now