BAB 3

2.4K 163 5
                                    

BAU ubat-ubatan memenuhi segenap ruangan, bunyi dari mesin Cardiotocograph yang sedang menghitung kiraan nadi seseorang, menjadi irama yang memecah kesunyian setiap saat di dalam bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAU ubat-ubatan memenuhi segenap ruangan, bunyi dari mesin Cardiotocograph yang sedang menghitung kiraan nadi seseorang, menjadi irama yang memecah kesunyian setiap saat di dalam bilik itu.

Semua mata hanya fokus tertumpu pada sidia yang sedang berdiri bersebelahan dengan katil pesakit.

Peluh dingin yang mengalir didahinya dibiarkan mengalir sehingga hampir menyentuh buluh matanya yang lentik, tumpuannya dihalakan penuh pada tubuh seseorang yang sedang terbaring diatas katil, dengan keadaan tubuh yang telah dibelah dibahagian dadanya.

"Forceps"

Dia menghulurkan tangannya pada seseorang yang berdiri dihadapannya yang lengkap berpakaian jururawat dan sut pembedahan.

Tanpa membalas lantas jururawat dihadapannya memberi sejenis alat berwarna perak yang berbentuk seakan-akan gunting diatas tangan yang dihulurkan tadi.

"Curve"

Selang beberapa minit selepas dia memasukkan hampir separuh lengannya kedalam tubuh yang terbaring dihadapannya, sekali lagi dia meminta alat baharu pada jururawat itu.

Mendengar sahaja arahan itu, lantas jururawat dihadapannya memberi alatan yang diminta lalu diletakkan diatas telapak tangan si dia.

"Sutur"

Kali ini keadaan sudah semakin kurang tegang, semua mata-mata yang berada disekeliling nulai kelihatan lega.

Satu besi berwarna perak berbentuk lengkukan nipis dan disambungkan dengan tali yang sangat halus diletakkan diatas tapak tanggannya, pantas sahaja dia menamatkan pembedahan yang sedang dia lakukan dengan menjahit dada pesakit yang sedang terbaring dihadapannya dengan teknik jahitan Subcuticular Suture.

Buat seketika mata-mata yang berada di sekelilingnya kelihatan terpegun dengan jahitan yang dilakukan olehnya, jahitan kemas pada dada pesakit membuatkan aura seorang professional jelas terpancar pada dirinya.

"C'est fait, occupez-vous de tout, je passe en premier", (dah selesai, kamu uruskan semuanya, saya pergi dulu).

Tanpa berbasah basi dia memberi arahan kepada jururawat lain yang sedang berdiri sejak tadi hanya memerhatikannya. Mendengar arahan yang diberikan pantas mereka mengganggukkan kepala.

Selesai memberi arahan, pantas sahaja kakinya melangkah keluar dari ruangan sambil mengangkat kedua tanggannya setinggi paras dada.

. . . . . .

"Letihnya badan ni, yaallah".

Sedikit keluhan dia keluarkan sambil membasuh tanggannya yang masih dipenuhi dengan darah.

"Adele!!".

"Allahuakbar!!, Subhanallah!!".

Pantas tanggannya yang masih basah dinaikkan keatas dada sambil berpaling kearah orang yang memanggil namanya.

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Where stories live. Discover now