BAB 14

1.5K 132 7
                                    

SANDWICH yang berada ditangannya digigit sedikit, pandangannya kemudian dihalakan keluar tingkap melihat pemandangan malam yang dingin dari dalam kereta miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SANDWICH yang berada ditangannya digigit sedikit, pandangannya kemudian dihalakan keluar tingkap melihat pemandangan malam yang dingin dari dalam kereta miliknya. sesekali dia melihat kearah rakannya yang duduk bersebelahan dengan tempat pemandu sedang kusyuk bermain iPad tanpa menghiraukannya.

"Dah-dah lah tu, Kamal, sampai bila kau nak tenung article tu?".

Eiwan yang sejak tadi perasan akan sahabat karibnya yang tidak berhenti membaca ulang article di dalam Ipad miliknya mulai bersuara.

Buat seketika kedengaran satu keluhan kecil dilepaskan oleh Kamal selepas mendapat teguran dari rakannya.

"Aku tak tau lah Wan, apa lagi yang salah dengan article yang aku tulis ni".

"Nak kata article ni biasa, kita dari Malaysia datang ke Paris ni, semata-mata nak dapat berita ni je tau, apa yang biasanya".

"Artis yang kita follow ni pun, bukan artis cikai-cikai tau, tapi ni artis Hollywood, article yang macam mana lagi si begap tu nak kita tulis?".

"Aku penatlah Wan, jauh-jauh datang sini, article kita kena reject macam tu je".

Kamal melepaskan kekecewaan yang terbuku didalam hatinya satu persatu, jelas terpancar kesedihan pada wajahnya apabila article yang mereka tulis tidak diterima oleh syarikat penerbitan tempat mereka berdua berkerja.

"Aku pun susah nak cakap apa-apa Mal, aku sendiri pun sedih bila Mr.Jeon tolak mentah-mentah je article yang kita buat, dia tak tahu ke berapa kos perbelanjaan yang kita tanggung untuk hasilkan article tu".

"Kita datang sini pun sebab dia suruh follow artis tu kalau ada scandal, pastu bila dia tak suka dia main reject je, bayar kita pun tak, aku pun bengang jugak dengan orang tua...ehh!! kau tengok tu!!".

Belum sempat Eiwan menghabiskan ayatnya lantas pandangan terhias dengan sesuatu yang membuatkan dia membulatkan matanya.

"Mal, tut....tu bukan Tengku Ayan ke?".

Dia menghalakan jari telunjuk ya kearah Ayan yang baru sahaja masuk kedalam pintu utama hotel sambil mengangkat Adele.

"Ehh!!, ye lah, tu Tengku Ayan, dia buat apa dekat France?"

Kamal mula memerhati Ayan dengan lebih teliti.

"Wan, kau tengok apa yang dia angkat tu?, bukan perempuan ke tu?".

Tanpa menunggu balasan daripada Eiwan, satu lagi soalan diajukan kepada rakannya.

Mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh Kamal lantas Eiwan turut memerhatikan Ayan dengan lebih teliti.

Membulat matanya apabila apa yang diperkatakan Kamal adalah benar. Tengku Ayan sedang menggendong seorang wanita dan membawanya kedalam hotel.

Mereka berdua saling berpandangan buat seketika sebelum masing-masing tersenyum sambil menaikkan kening.

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Where stories live. Discover now