SUASANA ruangan yang tadi riuh rendah kembali sunyi sepi, didalam ruangan itu hanya tinggal para wanita serta beberapa orang jururawat dan Doktor.
Kini sudah hampir setengah jam mereka berdiam diri dan hanya memerhati Adele yang sedang diperiksa oleh seorang Doktor wanita. Atas permintaan Ayan mereka bertiga telah diminta untuk menemani Adele kerana takut perkara yang sama akan terjadi sekali lagi apabila membiarkan gadis itu bersama dengan orang luar yang tidak dikenalinya.
"Macam mana Doktor?".
Haraa yang sedang duduk diatas sofa bersebelahan katil Adele mulai bangun lalu menghampiri gadis itu.
"Untuk kecederaan dalaman, Alhamdullillah Cik Adele tak ada apa-apa, cuma bahagian otot di rusuk kanan Cik Adele sahaja yang membengkak akibat hentakan tu, tapi kecederaan tu akan perlahan-lahan pulih walaupun dia akan bertukar menjadi lebam yang besar".
Doktor yang lengkap memakai Lab Coat berwarna putih berserta name tag dengan tulisan 'Malaika' menerangkan satu persatu kondisi Adele.
"Jadi dia okey lah kan?, takde patah dekat mana-mana kan?".
Farisha yang turut berada didalam ruangan itu juga mengajukan soalan, ini kerana bukan hanya dia seorang tapi hampir kesemua penghuni rumah itu dapat melihat riak wajah Adele yang sedang menahan kesakitan sebaik aahaj sampai dihadapan pintu rumah mereka semalam.
"Takde Tengku, tiada sebarang patah tulang, cuma kesan lebam disebabkan otot yang membengkak".
Sekali lagi Doktor bernama Malaika itu menerangkan berkenaan kondisi yang sedang dialami Adele.
"Kalau macam tu,.takpelah, terima kasih Doktor sebab sudi datang dari jauh semata-mata nak bantu kami".
Humairah juga turut bersuara apabila melihat Doktor serta jururawat itu sudah mulai mengemas semula peralatan yang digunakan oleh mereka untuk merawat Adele.
"Terima kasih Doktor"
"Sama-sama Cik Adele"
Seperti Humairah Adele juga turut berterima kasih kepada Doktor yang merawatnya, pada mulanya dia mahu dirawat di hospital biasa sahaja namun Ayan serta rakannya yang lain lebih memilih untuk membuat rawatan di rumah dan menggunakan perkhidmatan Doktor yang mereka kenali.
Sabaik sahaja Doktor serta jururawat keluar dari ruangan itu kelihatan, Ayan, Aeden, Nich, Fawwaz serta Zaid mula memasuki ruangan selepas mendapat keizinan.
"Macam mana?, ada apa-apa yang teruk tak?"
Ayan yang baru sahaja menjejakkan kaki kedalam ruangan itu terus meluruh kearah Haraa untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh Doktor berkenaan kondisi Adele.
"Takde, cuma otot dibahagian tulang rusuk dia je yang bengkak, sebab tu ada lebam sikit".
Haraa berkata sambil bertentangan mata dengan Adele dan tersenyum tipis.
YOU ARE READING
AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2
Roman d'amour[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"-Tengku Ayan Shaqeel "𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚, 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐞 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞...