BAB 13

1.7K 155 13
                                    

BUNYI ketikan papan kekunci memenuhi segenap ruangan itu, kesemua mata terhala pada skrin komputer yang terletak dihadapan Fawwaz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI ketikan papan kekunci memenuhi segenap ruangan itu, kesemua mata terhala pada skrin komputer yang terletak dihadapan Fawwaz. Sudah hampir setengah jam mereka mencuba untuk mencari lokasi Zoran dan Adele disembunyikan namun masih tidak ditemui.

"Binggo!!"

Sebaik sahaja butang "Enter" ditekan jelas terpancar hologram peta berbentuk tiga dimensi diatas meja yang merupakan lokasi dimana Adele serta Zoran disembunyikan.

"Mulhouse"

Ayan berkata sambil memerhati sekeliling lokasi bangunan yang sedang menjadi target utama mereka didalam peta.

"Bapak jauh gila dia bawa diorang sampai ke Mulhouse".

Adib mengaruk kepalanya yang tidak gatal.

"Am, kau lock location diorang, kita gerak sekarang".

"Zaid silent heli dah ready?"

Mendengar soalan yang diajukan Ayan lantas Zaid menganggukkan kepalanya.

"Semua ikut macam yang kita dah rancang, jangan ada silap sikit pun, aku tak nak ada yang cedera lagi".

Ayan memandang satu-persatu rakan-rakannya. kemudian mengalihkan pandangan kearah pegawai polis lain yang turut membantu mereka dapat menjalankan misi ini.

"Mission commencée!!".
(Misi dimulakan!!).

Ayan berkata sambil berdiri tegak menghadap semua orang yang berada didalam ruangan itu.

"Bien Capitaine!!".

Serentak mereka menjawab sambil menabik kearah Ayan lalu satu persatu mulai meninggalkan ruangan itu untuk bergerak memulakan misi.

Ayan yang baru selesai memasukkan peluru kedalam Glock 17 serta Desert Eagle miliknya juga ingin melangkah pergi, namun langkahnya terhenti apabila mendengar Aeden memanggil namanya.

"Shaqeel"

Suara dingin Aeden menjadikan suasana diruangan itu menjadi suram buat seketika. Pegawai polis serta ahli Adhelard yang lain juga sudah keluar dan yang tinggal hanya mereka berdua.

Ayan kemudian memalingkan tubuhnya kearah Aeden.

"Abang tahu kau risaukan dia".

"Tapi kau kena ingat".

"Main mission kita tangkap Luben ngan Zoran bukan selamatkan Adele".

"Remember that, keep focus with our main missions, jangan biarkan nafsu ambil ahli diri kau".

Aeden berkata sebelum dia turut melangkah pergi, sempat dia menepuk lembut bahu adiknya sebelum meninggalkan Ayan seorang diri.

Mendengar nasihat yang diberikan Aeden membuatkan Ayan terdiam seketika. Dia kemudian menarik nafas dengan dalam sebelum mencapai beg berwarna hitam diatas meja lalu turut berlari keluar untuk mengikuti yang lain.

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Where stories live. Discover now