Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
STETOSKOP yang berada ditangannya didekatkan pada dada seorang pesakit yang sedang terbaring lemah diatas katil. Jelas kedengaran degupan jantung serta nadi yang berirama namun lebih lemah berbanding orang lain.
"Votrecœurva bien, votre tension artérielleetvotre respiration sontredevenuesnormales, je pense que vous pourrez quitter l'hôpitaldemain". (Jantung awak okey, tekanan darah dan pernafasan awak semua dah kembali normal, rasanya esok awak dah boleh keluar hospital).
Mendengar kata-kata yang diucapkan Adele membuatkan dia tersenyum manis.
"Merci docteur" (Terima kasih Doktor).
Gadis itu melihat kearah Adele lalu dengan berhati-hati kembali berdiri.
"You are welcome".
Sempat Adele membalas tanda terima kasihnya sebelum pintu pejabatnya diketuk dengan kuat.
Tok!! Tok!! Tok!!
"Entrez" (masuk)
Lantas pintu dikuak dengan cepat dari luar dan kelihatan wajah Castle yang sedikit gemuruh memandang kearahnya.
"Adele quelqu'unveutterencontrer", (Adele ada orang nak jumpa dengan kau).
Dengan pantas Castle mula menarik tangan Adele untuk membawanya pergi.
"Qui est", (Siapa?)
"Police"
"Police?!!"
. . . . . .
Dengan perasaan yang masih tertanya-tanya Adele membiarkan Castle menarik tangannya sehingga mereka berada di kaunter lobi hospital.
Kelihatan dua lelaki lengkap berpakaian serba hitam dengan T-shirt yang bertulis Police dibahagian belakang mula mendekati mereka.
"Excusez-moid'être en retard, c'est le meilleurchirurgienprès de notre hôpital". (Maafkan saya sebab lambat, ini dia pakarbedah yang paling terbaik dekat hospital kami).
Castle berkata sambil menolak lembut Adele dari arah belakang kepada anggota polis yang berada dihadapannya.
"Je suis le sous-inspecteur Nich, etvoici le sergent-major Zaid, de l'équipe de combat de la police française, pouvez-vous nous accompagnerun instant". (Saya sub inspektor Nich, dan ini sarjan major Zaid, dari pasukan gerak tempur polis Perancis, boleh Cik ikut kami sekejap).