BAB 7

1.7K 161 27
                                    

LANGIT malam yang kosong ditenung lama, udara sejuk yang menyelimuti dirinya dibiarkan membelai diri, rambutnya yang panjang berwarna coklat gelap dibiarkan beralun, jauh melayang fikirannya, tanpa sedar sepasang mata sudah memerhatikannya sejak tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LANGIT malam yang kosong ditenung lama, udara sejuk yang menyelimuti dirinya dibiarkan membelai diri, rambutnya yang panjang berwarna coklat gelap dibiarkan beralun, jauh melayang fikirannya, tanpa sedar sepasang mata sudah memerhatikannya sejak tadi.

'Dia lansung tak ingat'

'Dia tak kenal kau Adele'

Bisikkan hati mulai mengatur emosi, mendalami perasaan yang terkurung dalam dada.

Buat seketika terasa tubir mata mulai panas, cecair jernih bertakung penuh dikelopak mata, tidak tertahan sehingga ada yang mengalir dipipinya.

"Fikir apa?"

Satu suara menerpa, laju tangan kiri diangkat lalu menghapuskan air mata yang bertakung membasahi pipi.

"Are you crying?"

Berkerut keningnnya apabila melihat gadis itu mengalirkan air matanya secara tiba-tiba.

"Teng-tengku buat apa dekat sini?".

"Tengku tak boleh banyak bergerak, luka Tengku belum kering lagi, Tengku patut berehat".

Laju tangan ingin memegang hujung baju lelaki itu untuk membawanya masuk kedalam bilik semula.

Namun tenaganya tidak mampu untuk melawan Ayan yang sedang berdiri keras ditempatnya dan tidak bergerak walau seinci.

"Answer my question first, are you crying?".

"Tak, mata masuk habuk je".

Lengan baju Ayan dilepaskan, lalu dia cuba mengatur langkahnya untuk pergi meninggalkan lelaki itu sendirian di balkoni, namun tangan Ayan lebih pantas mencapai lengannya.

"Arghh!!"

Secara spontan tarikan Ayan menyebabkan Adele terundur dan ingin jatuh kebelakang.

1....2....3

'kenapa tak jatuh lagi ni?'

Matanya yang tertutup rapat dibuka sedikit, pandangan pertamanya selepas membuka mata jelas terpampang dada Ayan dihadapan wajahnya, sedar akan kedudukannya yang baru sahaja disambut Ayan, lantas Adele berdiri tegak semula.

"Kenapa Tengku tarik Saya!!, kalau jatuh tadi macam mana?!!".

Suaranya ditinggikan sedikit, tangan kanannya naik megurut dada, jantungnya kini seakan-akan baru selesai membuat larian penuh satu padang.

"Lain kali kalau orang dah tolong tu, ucap terima kasih".

Satu renungan dihalakan kepada Adele.

"Te-terima kasih".

Kepala ditundukkan sedikit, malu hendak bertatapan mata dengan jejaka dihadapannya.

'Adele kau ni buat malu je lah'

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Where stories live. Discover now