Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
APA? dia tak pekak lagi kan?, betulkan apa yang baru sahaja meluncur keluar dari jejaka yang sedang berdiri dihadapannya sekarang, boleh terkeluar jantungnya jika dia mendengar sekali lagi apa yang diucapkan Ayan sebentar tadi.
"Bermalam?"
Sengaja menyoal kembali, kot ye lah dia yang salah dengar.
"Ye bermalam"
Jawabnya bersahaja, sebelum mula melangkah menuju kearah sofa yang terletak betul-betul ditengah lobi untuk para pelajar berehat.
"Kenapa pulak kita kena bermalam kat sini?, saya tak nak"
Adele membidas, kalau diikutkan nafsu hati, mungkin boleh dikatakan sekarang dia sedang berada dalam fasa jackpot kerana perlu duduk berduaan dengan jejaka pujaan, siapa perempuan yang bakal menolak, lagi-lagi jejaka kacak seperti Ayan. Tetapi dia masih tahu halal dan haram, dia bukan spesis wanita seperti itu, cukuplah dia hanya mengagumi, jika mahu melakukan perkara yang tidak baik, lagi-lagi salah disisi ajaran agama, itu bukan cinta, tetapi nafsu semata.
"Awak ada idea lain ke selain ni?"
Jawab Ayan selamba, tanpa menunggu jawapan Adele dia berbaring diatas sofa, kakinya diangkat, lalu tangan naik menutup mata menggunakan lengan kananya sementara tangan kiri digunakan sebagai bantal dibawah kepala.
Adele tidak menjawab, dia juga tidak mempunyai jawapan untuk itu, nak call orang, batteri phone dan takziah, nak jerit minta tolong?, memang taklah, tunggu anak tekak terkeluar pun belum tentu ada yang datang disebabkan kedudukan perpustakaan agak jauh sedikit dari bangunan lain, lagi-lagi bila sekolah mereka merupakan sekolah terbesar yang ada di kuala lumpur ini, memang mustahil lah jawapannya.
Melihat Adele yang hanya berdiam diri, membuatkan Ayan mengeluh kecil, dia kemudian duduk semula lalu memberi isyarat kepada gadis itu agar Adele duduk disofa yang berhadapan dengannya.
"Awak jangan risau, takkan jadi apa-apa, CCTV ada depan, kiri, kanan, belakang kita, jadi tak payah risau sangat, lagipun tunggu dalam 2 jam macam tu, nanti pandai lah adik saya datang selamat kan kita"
Ayan berkata dengan matanya yang masih terpejam rapat,
"Adik awak?, Adib Shareel tu ke?, macam mana awak tahu dia akan datang sini?"
Dah satu hal pulak dia nak fikir, teperangkap kat dalam ni pun, Ayan boleh bagi persoalan yang boleh berpusing-pusing didalam kepalanya.
"Kitorang kan kembar, pandai lah budak tu guna deria keenam dia"
Ayan berkata lagi, bukan sekadar kata-kata kosong, tapi dia yakin abang dan adiknya pasti akan mencari, lebih-lebih lagi Adib, walaupun mereka sudah berada di fasa remaja, namun Adib masih memerlukan sosok Ayan untuk berada disisinya, bila abang kembarnya hilang, sampai ke pelosok dunia akan dicari macam kucing kehilangan anak.