Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SUARA keramaian di tingkat satu menjadi alarm ketakutan baginya, jam yang terpampang pada skrin iphone miliknya dilirik sebentar membuatkan peluh dingin di dahi mengalir perlahan. Sejak tadi terasa panas punggung tidak senang duduk menanti masa yang menjadi penentu tamatnya zaman bujang miliknya.
"Tak lama lagi ni, dia kat bawah tu okey ke?"
Pintu bilik dibuka sedikit mengintai kearah tangga. Adele berbisik sendirian sambil menggenggam erat baju kurung berwarna putih yang terletak kemas pada tubuhnya.
Dari celahan pintu dia masih mencuba untuk melihat setiap sosok tubuh yang melintasi pintu kamarnya, sesekali merapatkan telinga untuk mendengar bait-bait perbualan para tetamu yang semakin riuh menyerigau hampiir di setiap pelosok rumah agam milik keluarga Ayan.
Bibir diketap untuk menambahkan lagi fokus dalam menangkap perbualan yang penuh gelak ketawa, dia tahu pemilik suara itu, si dia yang bakal bergelar suami serta penghulu tetap hatinya, yang sedang berbual dengan beberapa orang tetamu yang lain.
Dari sudut pendengarannya, dia tahu Ayan sedang berbual, dan bergurau senda dengan Ayahnya di tingkat bawah, dapat ditangkap setiap bait perbualan mereka yang mampu membuatkan Adele dapat meneka bahawa masanya telah tiba.
Sedang kusyuk mencuri dengar, tiba-tiba terasa dirinya terundur sedikit apabila pintu bilik yang menjadi tempat dia bertandang sebentar tadi ditolak lembut oleh seseorang dari arah luar.
"Ehh, kenapa Adele dekat depan pintu ni?"
"Adele curi dengar erk, aik tak sabar nak jadi bini orang dah ke?".
Terpancar senyuman nakal dari bibir manis Haraa, apabila melihat pipi merah Adele semakin bertukar warna.
"Akak ni, malu lah Adele".
"Bukan curi dengar, cuma tu hah, orang kat bawah tu riuh semacam, dah macam majlis hari jadi, meriah sangat".