BAB 21

1.5K 108 7
                                        

PERLAHAN-lahan kakinya mula melangkah mendekati meja

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

PERLAHAN-lahan kakinya mula melangkah mendekati meja.

"Nah ambek, cepat pilih aku nak order"

Iphone ditangannya diletakkan diatas meja, sebelum melabuhkan punggung bersebelahan dengan Zaid yang sedang membelek beberapa helai kertas diatas meja.

"Menu harini dap-dap tak?, aku tengah kebulur ni"

Dengan pantas tangan mencapai Iphone milik Ayan, kemudian memerhatikan satu persatu menu-menu yang tertulis di papan tanda yang digambar oleh Ayan sebentar tadi.

"Alahh, apeni takde yang menyelerakan pun, asyik-asyik Ayam Masak Merah, Ayam Gepuk, Nasi Lemak, Spageti, Chicken Chop, Lamb Chop, hok ni je lah menu nye hari-hari".

Selancar tangan yang sibuk membelek nama menu, selancar itu jugalah mulutnya tidak berhenti membebel sambil mengerutkan dahi.

"Dah tu kau nak makan apa, dah cukup banyak dah dia bagi pilihan tu"

Fawwaz memandang tajam kearah Adib, dari tadi aku tunggu anak pungut ni pilih makanan, macam dia sorang je ade perut.

"Aku nak makanan lain, aku nak makanan yang unik sikit, macam Ayam Masak Oren ke, sedap sikit bunyi dia, ni asyik-asyik Ayam masak merah tak bewarna lansung kehidupan aku".

"Ehh b*dohnye lah kau ni sahabat, bak sini menu tu giliran aku pulak nak tengok, tunggu kau pilih, boleh habis Degree siap dengan PHD dah aku".

Fawwaz merampas Iphone di tangan Adib.

"Shareel jangan yang pelik-pelik lah, cepat sikit pilih nanti habis waktu rehat".

Satu suara garau kedengaran membuatkan semua mata berpaling kearahnya, kelihatan Aeden yang sedang duduk sambil menyilangkan tanggannya, dia juga sejak tadi sedang menunggu giliran untuk melihat menu, namun niatnya terbantut apabila budak pelik mendahului.

"Dia bila je tak pelik"

"Tadi masa aku ambil gambar menu, dua perempuan kat depan aku, tengah mengumpat pasal dia"

Ayan menjunggilkan bibirnya kearah Adib.

"Aku?"

"Aku diumpat?"

"Diorang ngumpat apa, diorang cakap aku handsome ehh?"

Kening dinaikkan beberapa kali sambil tersenyum sendiri sehingga timbul lesung pipit dipipi kirinya.

"Tak"

"Ngumpat kau dengan kasut"

Serta-merta Ayan menjawab tanpa mengihiraukan senyuman Adib.

"Ishh!!, pasal tu lagi?, benda dah lepas lah, asal masih ada orang ingat lagi?"

Muka cemberut ditayangkan, dia sudah bosan dengan topik yang sama, hampir satu sekolah bercakap mengenai dia dan kasut.

AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang