PERHATIANNYA di tumpukan sepenuhnya kearah video game yang sedang dimainkan. Jari-jemarinya gian bergerak rancak menekan punat pada alat kawalan jauh, sesekali dia melihat Ayan yang berada disebelahnya sebelum kembali fokus terhadap video game dihadapannya."You lose...."
Kedengaran rakaman suara yang keluar dari permainan video PS5 itu yang menandakan bahawa dia telah kalah dalam perlawanan.
"Ugh!!, again?!!".
Adib menjerit dengan kuat sambil memukul kuat pahanya, dia kemudian mencampak alat kawalan jauh permainan video itu keatas meja.
"Kau tengok!!, ni semua salah kau lah ni, sebab kau aku kalah, dah dekat 17 kali tau daripada tadi asyik kalah je!!"
Adib mengerutkan keningnnya memandang Ayan yang sedang berbaring diatas sofa bersebelahan dengannya.
"Asal pulak?, kau yang tak reti main aku pulak yang salah".
Ayan membalas namun dengan nada yang sedikit lemah, dia sedang terbaring secara melintang sambung termenung memandang kearah siling rumah mereka.
"Masalahnya, aku tak dapat fokus, kau kalau nak galau, pegi masuk bilik kau, jangan dekat bilik aku, semak lah Yan!!".
Adib membaling bantal kecil yang berada diatas sofa didalam biliknya kearah Ayan dengan lembut, namun lansung tidak dihiraukan oleh Abang kembarnya.
"Bila masa aku galau?"
Ayan menjawab lagi namun, masih tiada reaksi darinya, matanya kekal memandang keatas siling.
"Dah tu kalau tak galau, ni apa benda?, Pandang² siling, asal kau ada nampak saka ke dalam bilik aku ni".
Adib turut memandang keatas, sesekali dia juga menelan airnya sedikit, kot-kot lah betul ada Saka dalam bilik ni.
"Takdelah"
Kali ini Ayan menjeling kearahnya, dah mai dah kuban-kuban anak pungut ni.
"Agak-agaklah Yan, kau nak tipu aku pun, kita lepak sesame dalam perut bonda sembilan bulan kot, semua pasal kau aku tau lah, buluh hidung kau pun aku tau ada berapa".
"Kau sebenarnya rindu dia kan?"
Adib memandang kearah Ayan, sebelum mengembalikan perhatiannya kepada video game semula.
Melihat Ayan yang mendiamkan diri tanpa jawapan membuatkan Adib mengelengkan kepalanya.
"Member baru balik petang tadi kot, bukannya tahun lepas kau nak rindu-rindu, tak sampai pun lagi lima jam lepas Adele balik Yan kau dah rindu, kau dah tahap angau dah ni".
Mendengar kata-kata yang dilontarkan Adik kembarnya membuatkan Ayan mengeluh sebentar, dia kemudian menaikkan tangan kanannya untuk menutup mata.
"Aku tak tahu lah Dib, aku tak tahu kenapa aku rasa kosong".
YOU ARE READING
AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2
Storie d'amore[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"-Tengku Ayan Shaqeel "𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚, 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐞 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞...