BLAZER berwarna royal blue, tergantung kemas pada penyangkut baju diluar almari berwarna putih miliknya ditenung lama, lama dia memerhati blazer itu sambil menyentuh sedikit sebelum dia mengemaskan semula kedutan yang ada pada baju itu, tanpa disedari satu senyuman tipis hinggap dibibirnya.
"Semua tu mimpi kan?"
"Apa yang jadi semalam mimpi aku je kan?"
Adele berkata sendirian sambil matanya merenung lama blazer yang diberikan Ayan semalam.
"Je t'aime" (Saya suka awak).
Masih tergiang didalam ingatannya suara redup Ayan melontarkan ayat yang tidak pernah terlintas diakal fikiran untuk keluar dari mulut lelaki itu.
Tangan naik menyentuh dadanya, dengan jelas terasa jantungnya kini berdebar apabila teringat kembali peristiwa semalam.
"Mamat tu betul ke, atau dia sengaja cakap macam tu?"
"Aduh Estelle, kenapa..., stop lah fikir pasal dia".
Adele menyapu mukanya dengan kasar.
"Takkan tu pun kau nak cair, dia gurau je tu".
Sekali lagi dia mencuba untuk menyedapkan hati.
"Tok tok tok Cik Estelle, sarapan dah siap".
Kedengaran suara Mak Teah disebalik pintu biliknya.
Seperti biasa disebabkan kedua orang tuanya sentiasa sibuk berkerja malahan sering keluar negara, Mak Teah dan Pak Mail merupakan pasangan suami isteri yang ditugaskan sebagai pemandu dan pembantu rumah sekaligus peneman Adele sejak kecil.
"Okey Mak Teah, kejap lagi Estelle keluar".
Adele membetulkan sedikit rambutnya yang panjang sebelum mencapai beg galas dimeja belajarnya lalu berjalan menuju kearah pintu, namun belum sempat dia membuka pintu, lantas kakinya mengundur untuk mengambil blazer Ayan yang masih tergantung kemas dihadapan almari.
"Sorry awak, lupa pulak".
Sempat Adele berbisik kecil sebelum mencapai blazer tersebut.
Sebaik sahaja dia membuka pintu, jelas terpampang muka Mak Teah sedang menunggunya diluar bilik tidur.
"Hari ni Cik lambat pergi sekolah, Cik Estelle okey ke?, ke sakit?, nak Mak Teah call Puan Sri ke?".
Wajah kerisauan mulai terpancar pada wajah perempuan tua itu.
"Ishh, saya okey lah Mak Teah, cuma tadi lambat sikit sebab ada benda yang saya kena buat".
Adele merangkul lengan Mak Teah lalu perlahan-lahan membawanya untuk menuruni anak tangga.
"Mak Teah bukan apa, tapi jarang Mak Teah tengok Cik Estelle lambat pergi sekolah, Pak Mail pun dari tadi keluar masuk rumah sebab risau Cik tak turun-turun".
YOU ARE READING
AYAN SHAQEEL [OG] : BOOK 2
Romance[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"-Tengku Ayan Shaqeel "𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐧𝐚𝐦𝐚, 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐞 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞...