KD 02

40 7 0
                                    

"Tyara Emily!!!"

Suara siapa itu? Aku pun tercari-cari gerangan yang menjerit namaku. Malu tahu nama sendiri ada orang jerit tengah-tengah alam ni.

"Tyara..." Tiba-tiba belakang badan aku seperti terlanggar badan seseorang dan dia memegang pinggangku dengan tangan kirinya.

Siapa ni?

Aku terjerit lalu menoleh ke belakang dan cuba jauhkan diriku dari seseorang yang memegang pinggangku tadi.

Lelaki? Ya ALLAH... Maruah aku. dia pegang aku... Ya ALLAH, diri ini malu Ya ALLAH, jagalah maruah dan aibku ini...

Lelaki itu menutup mukanya dengan sejambak bunga yang dia pegang. Malu agaknya menghadap aku.

"Hai! Maafkan aku. Tadi aku terpegang kau. Kau macam nak terjatuh tadi. Itu yang aku halang dengan badan aku. Dan, Aku terpegang kau. Maafkan aku... Nah bunga!"

Jelas lelaki itu lalu memberikan sejambak bunga itu kepada aku. Kini dia menundukkan pandangannya ke tanah.

"I'm sorry again" katanya lagi. Aku tidak mahu pertikaikan apa-apa. Jadi aku pun mengambil bunga yang dia berikan.

"Thank you!" Aku berkata dengan teruja. Pertama kali dapat bunga daripada lelaki. Kali terakhir dulu masa sekolah menengah pun aku yang beri bunga kepada lelaki.

"Your welcome," kata lelaki itu lalu menunduk hormat seperti seorang putera menunduk hormat.

Haih, comelnya. Tak pernah nampak lelaki sebaik dia kecuali Abahku dan adik lelakiku.

Aku pandang sahaja bunga itu. Tak sampai lima saat, aku nak tanya siapa nama dia. Tetapi bila aku pandang sahaja hadapan, dia dah hilang.

Eh, ke mana pula gerangan yang memberikan sejambak bunga ini kepada aku tadi?

Aku pun tercari-cari lelaki itu. Tiba-tiba belakang badan aku dipeluk oleh seseorang. Kenapalah banyak perkara mengarut terjadi hari ini?

"Oh Mak Cik Kau!" Aku termelatah. Aduh, malunya... Segera aku pusing ke belakang dan jauhkan diri dari dia dan menutup muka aku dengan bunga itu.

"Long, yang kau gelabah sangat ini sudah kenapa?" Lah, adik aku ke? Aku ingat lelaki yang tak guna tadi. Tapi nasib baik dia bagi aku bunga, lega sikit. Sikit sahajalah.

"Eh, Emil. Aku ingat siapalah tadi," Kataku sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Thariq Emil, anak bongsu dalam adik beradikku. Anak ke lima.

"Kau ingat siapa? Ex kau eh?" Emil mengangkat-angkat keningnya.  Ingat lawak ke? Aku dah insaf eh, jangan bukan-bukan.

"Ish, kepala otak kau. Ini kau seorang sahaja ke? Angah, Tamara, Tamim? Semua busy?" Soalku sedikit kecewa sebab adik beradik aku tiada di sini, tapi tidak apa, balik ini masih boleh jumpa.

"Of course! Angah kan masih study outstation, Tamara dan Tamim study untuk SPM mereka," Jelas Emil.

Ooo, begitu. Kalau macam itu, lepas sudah selesai semua perkara terus baliklah. Letih juga hari ini.

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

Berkat doa dan usaha, akhirnya aku sudah berjaya mempunyai cafe aku sendiri. Alhamdulillah...

"Tiara's Cafe"

Kenapa Tiara? Sebab Tiara itu nama aku, cuma aku tukar Y jadi I. Dan yang comel itu sebab depan perkataan Tiara itu, aku tambah gambar mutiara.

Alhamdulillah, dah sebulan kafe ini dibuka dan perniagaan aku berjalan lancar. Nasib aku ada pengalaman bekerja di beberapa buah kafe dan restoran sebelum ini ketika aku masih belajar sehingga habis belajar. Saja mahu cukupkan 3-4 tahun bekerja. 

"Boss, stok Kopi ini baru sampai, mahu letak di mana ya?" Tanya salah seorang pekerja di cafe aku.

"Awak letak sahaja di dapur, Ifah. Nanti saya susun. Kalau ada barang lagi sampai, letak sahaja di stor," ujarku.

Aku tak ada lah ramai pekerja, ada 3 ke 4 orang pun sudah memadai. Cukup tukang bersih-bersih, tukang jaga kaunter, dan sediakan minuman dan makanan.

Ada yang masih belajar dan sudah tamat belajar. Ada yang kerja permanent dan part time.

Niat aku buka cafe ini pun sebenarnya nak bantu orang. Bantu mereka memberi peluang pekerjaan.

"Morning, I'm very very very sorry because come too late this morning," kata salah seorang pekerjaku yang baru sampai, Leo.

"Kenapa lewat? Pagi ini ada kelas ke?" Soalku dengan tegas. Saja nak menyakat budak-budak ini. Beri pengajaran.

"Maaf kak... Oh nah kak, saya terlewat tadi pun salah satunya sebab ini juga. Ada orang bagi bunga. Tapi maaf, saya tak kenal dia,"

______________________________________

667 patah perkataan

Bersambung

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana DiaWhere stories live. Discover now