✎ Blurbs :
Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya.
Ivander Ignatius a.k.a...
"Kau ni kan.. hanya tambahkan kesemakan dalam kepala aku lah b***h!!!"
"Perempuan sundal macam kau ni... Semua lelaki kau rapat... Semua kau nak... Dan kau harap i'm one of it? Kau ni b***h la perempuan!!!"
BUMMM!
"TYARA!!!"
"Arghhhhh!!!" Tyara tersedar dari tidur itu. Dia terasa hangat dia pipinya. Air matanya banyak mencurah sedari dari mimpi buruk itu.
"K-Kenapa.... Kau nak apa... Kau nak apa hah?!" Suaranya bergema di satu bilik tidurnya itu. Dadanya terasa sesak.
Dia duduk merapatkan kaki dengan tubuhnya. Dia menangis semula dengan tersendu-sendan. Dia masih samar-samar teringat kejadian lepas itu.
Dia hanya teringat yang ada seorang lelaki menengkingnya. Kemudian ada suatu bunyi hon dan bunyi perlanggaran yang kuat. Akhir sekali dia mendengar ada sayup-sayup suara wanita menjerit akan namanya.
Ini hanya mimpi buruk atau petunjuk terhadap masa silam aku? Kenapa baru sekarang ia muncul kembali? Kenapa tidak ketika dia di usia remaja?
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Mulut kata tak, hati kata ya,"
Ya aku setuju dengan itu. Aku tak tahu mahu kata apa. Perasaan Tyara kini sedang berbaur. Adakah dia patut sedih, gembira, takut ataupun teruja?
Tengah hari itu...
"Ni ha Kak Emelina, saya datang ni sebab nak jumpa Tyara. Ada hal sikit nak bincang," jelas Aunty Mariam kepada mama aka Emelina
"Kenapa nak jumpa dia Mariam?" Soal mama kepada Aunty Mariam. Haihh mama ni. Nampak sangat dah tahu tapi buat-buat tanya.
"Adalah... Nanti Akak tanyalah Tyara ya?" Mama pun mengangguk dan mula beredar dari mini garden itu. Mariam pun menarik pergelangan Tyara lembut supaya dia sedikit dekat dengannya.
"Nak... Kamu kenal Ivan? Ivander Ignatius?" Tyara mengangguk dengan muka kosongnya itu.
"Kamu tahukan nama dia sekarang Eman Taufiq?" Tyara mengangguk lagi dengan sebaris senyuman di bibirnya.
"Dia ada kata minggu lepas dia datang sini jumpa Tyara. Nak kenal kenal,"
"Haah Aunty... Betullah tu. Lama juga sebab saya keep asking," katanya seraya menggaru kepala yang tidak gatal.
"Apa pandangan Tyara terhadap Eman? Tyara rasa dia sesuai tak nak jadi suami Tyara?" What? Blur jap. S-suami?
"Aaaa... Pada Tyara, Eman baik. Dia romantik. Dia jujur. Hmm tak tahulah Aunty... Tyara tak pernah terfikir tentang kahwin," Tyara kau suka menipu kan? Kau selalu fikir pasal dia right? Kau ingat muka yang selamatkan kau dulu...
"Lusa, datang rumah mommy ya? Kita bincang sama-sama dengan Eman. Sebelum tu, Tyara banyakkan berdoa pada Allah ya? Kita sama-sama minta petunjuk," Tyara mengangguk.
"Nah, Tyara simpan hak milik Tyara ni. Nanti minggu depan kita bincang. Nanti Tyara pakai ya," tambah Aunty Mariam. Kedengaran agak sedikit... Teruja?
"Baik aunty... Aunty doakan Tyara juga ya?" Mariam pun mengelus lembut kepala Tyara yang beralaskan tudung bawal.
"Mommy balik dulu ya? Kirim salam pada Mama kamu. Dah zohor ni. Mommy sure mama kamu tu tengah solat. Assalamualaikum," kata Aunty Mariam kepada Tyara. Tyara pun menyalam Aunty Mariam dan membawanya ke kereta hingga kereta miliknya mula meluncur ke jalan raya.
Huwaaaaa stress laaa! Nak aje Meletop kepala aku ni. Sabar Tyara Sabar! Apa kata kau pergi Solat Istikharah? Akhirnya Tyara pun mengambil keputusan untuk melakukan solat sunat itu.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Nice to meet you again... Ivan?" Tegur abangnya, Ian.
"It's Eman. I'm muslim now," jelas riak wajah terkejut pada wajah Ian. Ya, telah berbulan-bulan Eman tidak pulang ke rumah ayahnya.
Dia hanya datang sekali sekala untuk mengambil barang miliknya kemudian balik semula ke rumah mommy.
"I'm sorry bro. Don't worry. I stay with mommy," kata Eman tidak mahu Ian risau akan kehilangannya.
"Worrying about you? Huh, never. Kau ingat aku tak tahu kenapa kau ikut mommy? Kenapa kau ikut agama yang mommy ikut? Aku tahulah kenapa," riak lagak di wajah Ian kelihatan.
"Tu semua betina tu kan? Sebab betina yang kau puja-pujakan sangat tu kan? Dasar...." Ayat Ian terhenti. Dia pun sudah bangun dari kerusi yang didudukinya.
"Dasar tak kenang jasa," ayat itu dihabiskan. Hancur lebur hati si adik. Bara Apinya membara namun sedaya upaya dipadam.
"Sabar Eman Sabar. Astaghfirullah..." Dia beristighfar banyak-banyak supaya tak terpengaruh dengan kata-kata yang berbisik yang menaikkan panas hatinya.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Mama, hari tu kami semua dengar..." Kata Teratai mewakili adik-adiknya yang lain kepada ibubapa mereka.
"Mama ingatkan mama dan papa sahaja dengar jeritan itu," gumam mama.
"Papa rasa dia... Bakal mengingati perkara itu," papanya meneka. Semua mata kini menghala pada papa.
Ketika itu mereka semua berada di meja makan untuk makan tengah hari. Cuma Tyara sahaja tiada di situ kerana bekerja.
"Thariq rasa, masa yang dirisaukan kita semua bakal hadir. Dengan lelaki yang kita tak gemar juga muncul. Kita lihat sahaja apa yang jadi," cadang Thariq.
Ya, mereka risau dengan keadaan Tyara jika dia mengingat kembali kisah silam yang telah lama terpadam itu.
Semoga Tyara baik-baik sahaja... Aamiin...
______________________________________
778 patah perkataan
Bersambung...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.