KD 09

12 3 0
                                        

"Mommy, Ayah, salam," Audrey menghulurkan tangannya kepada mommy, Mary aka Mariam dan ayah, Farid.

Mereka pun menyambut huluran Audrey. Audrey pun mengambil beberapa keping roti yang telah disapu peanut butter yang tersedia di atas meja.

Dia terus ke arah keretanya dan pergi ke tempat kerja. Ivan yang terdengar bunyi pintu utama tertutup dari bilik pun mula turun ke ruang makan.

"Bangun dah anak mommy ni, ingat kan masih tidur," kata mommy seusai melihat kelibat Ivan itu.

"Hehehe dah bangun lama dah, cuma rajin je nak turun makan," kata Ivan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Welcome Ivan, sit beside ayah. I want to know more about you," kata Ayah pada anak tirinya itu. Dia hanya tahu sedikit sahaja tentang Ivan, nama penuh, umur, anak ke berapa, rupa, yang lain dia tak tahu.

Ivan hanya menurut perintah ayahnya itu. Dia duduk di sebelah ayahnha manakala mommy duduk di hadapan ayah.

"Okey. Nama kamu Ivander Ignatius, umur 27 tahun. Kamu tinggi lampai, badan boleh tahan sasa, berkulit cerah, bermata sepet, hidung kamu mancung, kening kamu tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis, rambut kamu coklat keperangan. Is it right?"

Ivan berfikir sejenak. Semua itu betul dan tepat sekali. Ivan hanya mengangguk dan tersenyum.

"Anything else? Kamu kerja apa? Dan lain-lain?" Wah, soalan KBAT ni! Manyak susah wo.

"I'm a tuition teacher. Math and add math. I love that subject. Gaji empat angka. Sometimes, I will teach students play volleyball. My team will play it at our own training place twice a week,"

"Ivan tinggal dengan Ian di rumah peninggalan daddy. Selepas mommy and daddy divorce, kami berdua dijaga sepenuhnya oleh Daddy. My Result SPM is good... 8A," tambah Ivan lagi.

"Ooo begitu..." Ayah mengangguk setelah mendengar penjelasan Ivan. Mommy hanya mengukir senyuman ketika mendengar kata Ivan itu.

"Maaf sebab semalam tak sempat nak jumpa kamu, boleh pula hari Ahad tu ada emergency di office, tu yang tak sempat jumpa. Semalam mommy kata kamu jalan-jalan dengan Adik, pergi mana?" Ayah bertanya.

"Ouh, tak ada pergi mana pun. Pergi mall sekejap sebab nak tengok movie baru oleh pengarah kegemaran kami. Then, we lunch and buy some things that Audrey need. That's all," Ivan menerangkan sambil makan bihun goreng yang dimasak umi itu.

"Hari ni free? Ayah ingat nak bawa kamu melawat office ayah. Kalau kena dengan bidang kamu, boleh la kamu kerja dengan ayah. Gaji kat sana pun hampir dan lebih lima angka,"

"Hmm, boleh je. Hari Ivan free sampai 2 petang. Lepas tu Ivan ada kelas," jelas Ivan.

Mereka pun bersetuju lalu makan dengan kadar segera tetapi tidak gelojoh. Selepas bersiap, mereka pun ke tempat kerja ayah.

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰


"Sedapnya kek berry lori ni," kata Sofia dengan nikmatnya. Sedap sangat agaknya. Nak makan tapi diet...

"Kak makan lah," pelawa Sofia. Aku tak mahu. Nanti gemuk macam mana? Tyara menggeleng

"Ish dia ni kan-" terus Sofia memasukkan satu sudu kek berry lori tu ke dalam mulut Tyara. Tyara takut mukanya comot, dia pun terbuka mulut dan kek itu mendarat di dalam mulutnya.

"Kan. Akak. Kata. Tak payah shuapp," Sudu yang berisi kek itu penuh didalam mulut Tyara. Tyara bercakap pun terpaksa sebut satu-satu. Suara pun dah macam beruang dah. Sedap je kutuk bos.

"Don't talk when your mouth is full, sweetie,"

Aku terdengar seorang jejaka yang berada di kiri ku berkata itu dan dia mengelap mulutku yang terdapat kesan comot makan kek berry lori tu. Mamat tu kata pada aku ke?

"Are talking to me?" Kata Tyara masih dengan mulutnya yang penuh dengan kek. Serius dah macam suara badak, lembu, beruang pun ada.

"Hey, don't be that cute in front of me," kata jejak itu. Eh macam kenal je mamat ni? Eh kau...

"You!" Kata Tyara sambil berdiri dengan kuat yang masih mulutnya penuh dengan kek. Dia halakan satu jari telunjuk tepat pada muka lelaki itu.

"Kak, telanlah dulu kek itu, sampai bila nak ada dalam mulut tu, bersarang nanti," Kata Sofia tidak diendahkan. Tapi dia telan kek itu perlahan-lahan.

Nasib lah hanya ada seorang sahaja pelanggan ketika itu. Maklumlah, dah habis waktu lunch. Biasanya waktu macam ni memang satu dua pelanggan Aje. Nak-nak pulak hari ni Isnin.

"Calm down sweetie, I'm not gonna hurt you. I'm here just looking for your cuteness," dia mencuit hidungku. Ish sudah miang agaknya mamat ni. Nak kena tumbuk baru blah ke? Dosa tau dosa.

Ingat kata-kata jantan macam dia ni boleh cair? Ok cair sikit je tak cair banyak.

"I don't know nothing about you," Tyara berterus terang. Dia tidak mahu lelaki ini menganggap yang Tyara mengenalinya. Terus senyuman Lelaki itu mati.

"Cakap kat luar," lelaki itu terus menarik lengan  baju Tyara. Tyara memakai baju yang berlengan panjang, jadi lelaki itu tidak dapat sentuh kulitnya.

______________________________________

786 patah perkataan

Bersambung

Bersambung

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kerana DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang