✎ Blurbs :
Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya.
Ivander Ignatius a.k.a...
"Apa?! Kau dah nak kahwin?! Alhamdulillah... Patutlah masuk-masuk tadi macam ada bau nasi minyak," Suara Famy memeriahkan lagi suasana dalam kafe itu.
"Amboi, ke main eh?" Lebih-lebih pula si Famy ni. Dia kalau dengan aku aje suara lenggok gedik macam ni. Bila kat luar, bum! Aura kejantanan dia terhidu.
"Bila itu nikahnya?" Soal Famy sambil menikmati pesanannya.
"Next month," suara garau itu agak tegas. Tyara yang berada di hadapan Famy itu pun memalingkan kepalanya ke arah suara tersebut.
"E-eman... K-kau buat apa kat sini?" Terketar-ketar suara Tyara menanyakan soalan kepada jejaka yang berada di sebelahnya.
"Kau siapa?" Soal Eman sambil menarik kerusi di sebelah Famy dan Tyara dan dia duduk di situ.
"Aku Fahmi. Aku macam kenal kau... Are you Ivan?" Ayat itu terluah di bibir Famy. Mak ai, guna nama Fahmi. Kan aku dah kata Famy macam itu.
"Wait is it you... Khairi?" Jelas riak wajah mereka tenang. Famy masih dengan muka cold nya pada Eman. Tapi bila dia alih pandangannya ke aku, dia bersama muka manisnya.
"Aaaa... Kau nak apa?" Tyara bertanya kepada Eman. Mana tahu Eman nak pesan apa-apa? Eman menggeleng tanda tidak. Juga mukanya masih memandang Famy tanpa perasaan.
Melihat sahaja wajah jejaka di hadapan dan sebelahnya, terus dia meminta izin untuk pergi. Seram pula dengan aura mereka yang lain macam ni.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"So, nama kau Eman? Heh, tak sangka juga kan... Alhamdulillah," kata Fahmi kepada aku. Aku perhati lama je dia dari awal dia masuk Tiara's Cafe ni.
"Alhamdulillah... Nama penuh aku Eman Taufiq. Dah lama tak jumpa kau. Kau menghilang ke mana?"
"Aku tak menghilang. Kau yang menghilang. Benda dah lepas kita lupakan. So, ada satu benda yang aku tertanya-tanya sekarang..."
"Apa benda tu?"
"Kenapa kau nak kahwin dengan... Tyara? Bukan kau benci gila ke dekat dia waktu tu? Kau yang cakap dia bukan-bukan. Aku tahu kau pernah terdetik suka dia. Malah berlarutan dalam beberapa bulan. Tapi hari tu, kau hancurkan hati dia bhai,"
Eman asyik teringat akan perbualannya dengan Fahmi. Ramai yang tak tahu, Fahmi ni orangnya normal je, tegas dan sebagainya macam lelaki biasa. Cuma... Yeah... Aku yang paksa, suruh dia jadi lain bila dengan Tyara. Ya aku yang suruh.
"Astaghfirullah... Bersalahnya aku dengan Tyara. Banyak dosa aku dengan dia," gumam Eman. Dia membaringkan badannya di atas katil dan meletakkan belakang tangannya di dahi.
Sebenarnya pagi tadi papa ada call. Dia cadangkan perkahwinan kami itu diadakan bulan hadapan. Aku pun tak tahu kenapa papa macam... Nak cepat?
Tuk! Tuk! Tuk!
Bunyi ketukan pintu bilik aku kedengaran. "Masuklah, bilik tak kunci!" Laung aku supaya orang yang mengetuk pintu tu dengar.
"Abang?" Kelihatan ada dua kepala di pintu itu. Oh, Aina dan Ammar di muka pintu.
"Abang ada masalah ke?" Mereka berdua pun mula mendekati diriku dan kini dua-dua duduk di atas katil aku. Aku pun bangun dan menyandarkan badanku pada kepala katil.
"Hmm, abang serabut sikit. Kenapa kamu berdua datang ni?" Tanya Eman. Iya lah, jarang dua orang adiknya ini seperti ini.
"Tak ada lah. Saja tanya. Abang nak kahwin tu bila?" Soal Ammar.
"Next month Okey tak? Duit, tempat tinggal semua abang dah sediakan. Yang abang sedang perbaiki ni adalah diri abang," luah si abang.
"Wow... Next month... Pihak sana dah tahu? Mommy dengan ayah?" Soal Aina pula. Iya lah, nak buat keputusan pasal kahwin ni kena ada persetujuan kedua-dua pihak.
"Pihak sana yang cadang buat bulan depan. Tak mahu melambat- lambatkan benda yang baik. Agak-agak mommy dan ayah setuju tak?" Tanya si abang kepada dua orang adiknya itu.
"Kami rasa-" "Mommy dan Ayah setuju kalau Eman setuju," mendengar sahaja suara wanita itu, terus mereka bertiga menolehkan pandangan ke arah pintu.
Alamak, kenapa budak-budak ni tadi tak tutup pintu? Dah lah depan bilik Eman tu bilik mommy dan ayah. Ha bertuah betul adik-adik dia ni.
"Kami setuju. Kami restu antara kamu dan Tyara. Mommy nampak ketulusan Tyara. Mommy suka. Sopan, manis, ramah pula tu orangnya," jujur mommy. Iya, itu persepsi Mommy terhadap Tyara.
"Ayah setuju apa yang mommy kata tu. InshaAllah hubungan kamu berdua hingga ke Jannah. Kalian dah buat sesi taaruf. Tak elok bagi harapan dekat budak tu. Ayah nampak sangat yang Eman sayang dia kan?" Eman mengangguk dengan kata Ayah itu.
"Betul ni kamu semua setuju? Kalau ya nanti kita bincangkan semula sama-sama tentang majlis ni dengan pihak sana," semua ahli keluarga itu mengangguk dan melafazkan kata syukur dengan keputusan mereka. InshaAllah semua berjalan dengan baik.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"No! Tak boleh! Aku nak Ivan juga! Betina tu tak boleh dapat Ivan! Aku je boleh dapat lelaki itu!" Jerit wanita itu geram di dalam keretanya.
Tok tok tok!
Bunyi cermin kereta wanita itu diketuk. Tak guna lah! Siapa yang kacau aku malam-malam dengan mood aku macam ni?! Wanita itu menurunkan cermin keretanya.
"Mesti kau nakkan Ivan kan? Nak tak kita sama-sama hancurkan dia? Aku sanggup berganding bahu dengan kau," cadang seorang lelaki yang mengetuk cermin kereta wanita itu.
"Apa yang aku akan dapat?" Soal wanita itu.
"But first, kau kena bagi aku... Tu dulu. Nanti, aku dapat his partner, kau dapat dia. How about it? Deal?" Lelaki itu pun menghulurkan tangannya.
"Huh?! Buang masa!" Terus wanita itu menaikkan tingkap dan meluncurkan kereta di atas jalan raya.
"Tunggu lah kau..."
______________________________________
876 patah perkataan
Bersambung...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.