✎ Blurbs :
Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya.
Ivander Ignatius a.k.a...
"Hye!" Seorang lelaki datang kepada Tyara sambil memegang sesuatu. Bunga? Wahh dah berbulan tak dapat bunga ni. Suka ya Tyara.
"Cik Tyara ke? Ni bunga untuk cik. Sila sign di sini," kata lelaki itu lalu sejambak bunga itu pun bertukar tangan. Tyara pun menandatangani kertas yang dihulurkan.
Lelaki itu pun berlalu keluar dari kafe Tyara. Tyara ternampak ada sekeping kad kecil di situ. Dia pun membuka dan membaca isi kad tersebut.
To my future wife, Sorry if I always bother you. I'm serious. Next month I will come to your house okay? 011-******* Call me if anything happens. Bye.
-ET
Ehh ET?? Siapa pula ni? Yang pernah panggil aku my future wife tu telur nak rebus je. Hmm cuba kau ingat balik kata-kata Ivan sebelum ni.
Hmm apa eh?
"I'm gonna convert to Islam, excited?" Ouh, dia kata dia akan masuk Islam. Tapi tu dalam lima bulan lepas. Yang jumpa kat gelanggang Volleyball hari itu pun seminggu selepas dia kata kat kafe tu. Kenapa aku boleh ingat bende remeh tu?
Hmm. Ada nombor telefon yang tertulis kat sini. Kita try chat boleh tak? Tak apa kan? Kita nak tahu Aje siapa yang bagi bunga ni. Okay tak apa. Kita mesej.
011-*******
Hye can I know who's this? √√
This is your future husband 10.55am
Hm Ivan? Is that you? √√
Actually, it's Eman. 10.57am
Ouh ok. √√
Dia pun mula simpan nama lelaki itu dengan nama "Egg nak rebus". Apa punya Tyara lah ni. Pelik-pelik Aje.
Maksudnya... Dia dah tahu nombor telefon aku dah lama lah. Wahh macam mana dia tahu eh? Seramlah. Mama!
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
Eman terkejut juga bila mendapat mesej dari Tyara itu. Selama ini dia simpan sahaja nombornya, tahu-tahu Tyara mula mesej dulu. Yeay bestnya!!
Eh Astaghfirullah
Dalam lima bulan, Eman selalu rindu pada Tyara, tapi dia perlu tetap dengan niatnya. Dia masuk Islam kerana Allah, Tuhan yang maha esa, satu.
Dia tidak mahu terkeluar dari niat asal. Alhamdulillah dia bersyukur sangat kerana dapat Istiqomah dalam melakukan perintah Tuhan. Sokongan daripada ahli keluarganya amat penting.
Eman masih tetap menjadi guru tuisyen. Setiap kali habis waktu bekerja, dia selalu ternampak Tyara di kafenya memandangkan tempat tuisyen dan kafe itu hanya berseberangan.
Tapi dia perlu tepis rasa suka itu. Setiap malam dia melakukan solat malam dan Istikharah supaya dia tetap dengan pendiriannya.
Hari demi hari, telah lima bulan berlalu. Dia berasa seperti baru dilahirkan. Dulu dia Ivan Ignatius, sekarang dia Eman Taufiq.
Dulu cintanya pada Tyara kerana rupa dan nafsu, tapi kini dia cinta akan wanita itu dengan sebatas doa dan hanya Tuhan sahaja tahu sedalam dan sebagaimana rasa itu.
Pada Eman, dia rasa dia masih tidak mampu untuk mengisterikan Tyara. Nak kata dari segi, dia sudah tahap mampu ada 4 bini. Ceh, beranilah kahwin banyak, kena terajang terus dengan bini pertama.
Cuma kenapa hari ini dia ingin memberikan bunga itu? Mungkin dia sudah yakin dia bersedia. Dari segi kewangan, keperluan asas, rohani dan fizikal, dia sudah sedia.
Malam itu, Eman di ruang tamu bersama ahli keluarga yang lain. Eman pun bersuara.
"Mommy, ayah. I want to... discuss about marriage," ayah yang minum kopi tiba-tiba tersedak. Mak ai. Cakap pasal kahwin je pun. Takkan lah sampai tersedak?
"Eman tahukan tanggungjawab sebagai seorang suami itu berat? Ayah tak nak kamu putus asa di tengah jalan," pesan ayah. Eman mengangguk tanda ya.
"Kamu dah fikir masak-masak? Kamu nak kahwin dengan mutiara tu ke? Kamu dah sedia dari pelbagai segi? Kamu dah ada rumah? Nak bertunang dulu? Tahu tak nama penuh mutiara kamu tu?" Bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh mommy. Sabar mommy sabar!
"Yes, yes,yes,yes,yes and yes," kata Eman. Mommy pun berkerut. Haih, semua dah prepare. Bagus. Inilah anak mommy
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Assalamualaikum..." Tyara yang di kaunter pun beralih ke arah suara yang memberi salam.
Dia agak terkejut sebab yang beri salam itu ialah telur nak rebus itu.
Ooo, dia dah convert ke?
"W-waalaikumussalam. Eman kan?" Eman tersenyum mendengar ayat, Tyara. Ambil tahu juga dia ni. Baguslah tu. Ini yang kita mahukan.
"Kau busy ke? Kalau busy tak apa lah," Eman bertanya. "Aaaa... Tak. Tak busy tak busy," mendengar balasan Tyara itu, Eman pun tersenyum.
"Sit in front of me. I wanna discuss something," Eman berkata seraya duduk di sebuah meja yang berdekatan dengannya.
"Kedengaran amat serius ya" kata Tyara dalam hati. "Yeah it's serious," kata Eman. Eh aku cakap terkuat ke tadi? Tapi bukan aku cakap dalam hati je ke tadi?
______________________________________
738 patah perkataan
Bersambung...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.