KD 19

8 3 0
                                    

Buk!

"Ops sorry sorry. My mistakes," Buku milik wanita itu yang telah jatuh ke lantai diambil oleh Eman. Eman kemudiannya menghulurkan buku itu kembali kepada pemiliknya.

"Hmm, can you show me where's class for English subject form 4?" Mendengar soalan wanita itu, Eman mengangguk dalam keadaan masih memandang lantai. Kira kuman agaknya.

"Yeah sure... Okey here," Eman pun menunjukkan kelas itu. Kelas itu memang khas untuk kelas subjek bahasa Inggeris sahaja.

"Thank you," wanita yang berambut hitam hingga paras lengan berterima kasih kepada Eman. Eman pun mengangguk tanda sama-sama.

Setelah beberapa langkah mahu ke kelas Eman kembali, bahunya ditepuk perlahan oleh seseorang di belakangnya. Terus dia menoleh dan menjauhkan diri dari orang itu.

"I'm sorry... My name is Irdina. New English teacher here... Who are you?" Kata wanita itu. Ya orang sama yang terjatuh buku tadi.

"I'm Eman. Maths teacher. Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya Puan Alia di kelas sebelah Cik," kata Eman tidak mahu lama-lama berbual dengan wanita itu.

"And one more thing... Don't touch me easily with those hand," Eman menoleh sedikit ke arah Irdina dan berkata demikian dengan sinis.

Irdina agak hairan dengan lelaki itu. Dia kenal aku ke? Dalam masa yang sama jantungnya terasa berdebar dengan ketampanan Eman.

Dan ya.Tepat tekaannya sebelum ini tentang Irdina. Eman kenal wanita itu. Dek kerana terlalu berlagak bahawa tekaannya tepat, Eman terhantuk di dinding.

"Allahuakbar. Ish dinding ni, macam mana kau wujud kat sini," Eman menyalahkan dinding dilanggarnya tadi. Eman Eman, Tu la akibat terlalu berlagak.

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

"Hello babe! Nak yang macam aku order semalam bolehh?" Soal Famy setelah dia tiba di kaunter pesanan itu. Ha mula lah tu suara gedik tu!

Tyara hanya mengangguk. Duit yang dihulurkan oleh Famy diambil dan bakinya itu dihulurkan kepada Famy.

"Kau tak ada kerja ke hah? Melepak je dari semalam. Dah lah tak bagitahu aku korang borak apa," kata Tyara dan seolah-olah merajuk.

"Alolololo ingat comel ke dia ni merajuk? Puii," Famy berlakon dengan gaya tangannya seakan-akan muntah.

"Ish jahat lah kau!!" Tak sampai lagi cubitan ketam Tyara di lengan Famy terus Famy mengelak. Huishh siapa je tak pernah merasa cubitan ketam Tyara ni??

"HAHAHAHAHAH! Aku saja je kacau kau dekat sini. Ni kau tak prepare apa-apa ke nak kahwin nanti?" Soal Famy. Ya lah, Tyara asyik bekerja dan seperti tidak membuat apa-apa persiapan.

"Hmm entah lah... Aku serabut juga ni... Nak jumpa dia semalam, kau dah culik dia, tahu-tahu dah hilang," Tyara membuat muka masam kerana marah dengan perangai Famy itu.

"Eh Kau tak jawab lagi soalan aku!" Kata Tyara dengan kuat supaya Famy dapat dengar soalannya itu.

"Haih, aku ni tengah tunggu mereka beri tawaran pekerjaan yang aku mohon. Harap-harap lah dapat. Tu lah impian aku sejak dulu lagi," kata Famy memandang langit. Wahh memang impian dari dulu agaknya.

"Ooo, eh jap... Interior Designer ke?" Teka Tyara dengan mata yang membulat. Haih nampak macam monyet pula budak ni. Ops, sorry sorry.

"Iya... Kau doakan aku Okey? Selain dari tu, doakanlah semoga aku jumpa jodoh aku, murah rezeki, dihindari daripada api neraka-" ayat Famy terputus kerana terlihat seorang wanita yang baru memasuki kafe itu.

Famy terpegun seketika melihat kecantikan wanita itu. Wanita itu berjubah hitam, bertudung bawal coklat yang melebihi paras dada, ber handsock dan ber mask. Pada matanya, wanita itu sangat... sempurna?

"Oi! Kau pahal tengok budak perempuan macam tu?! Aku cucuk mata kau karang! Lebih-lebih pula tengok anak dara orang macam tu!" Kata Tyara dengan tegas.

Dia pantang ada lelaki tenung perempuan macam tu. Kalau boleh nak aje dia cucuk mata orang tu, tapi dia bersabar.

"Huh?!" Famy terkejut dengan teguran garang Tyara. Alah kantoi usya anak dara orang. Tak suka la duduk dengan Tyara ni.

"Kau pahal ha?!" Balas geram Famy.
"Tak, yang kau pandang adik aku macam tu asal?! Nak penampar?!" Tyara menunjukkan tapak tangannya seperti mahu menampar.

"Oh, adik kau eh?" Famy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Oh, adik Tyara... Ingatkan bukan siapa-siapa.

Teratai yang melihat gelagat mereka berdua itu hanya berdiri seperti tiang lampu di hadapan mereka. Apa punya perangai lah dua sekawan ni.

"Tak ada apa-apa perangai pun!" Kata Tyara dan Famy serentak memandang Teratai dengan tajamnya. Teratai apa yang awak sudah lakukan.

"Aaa... Dari mana korang dapat kuasa baca fikiran orang ni? Nak juga," Teratai bertanya dengan muka kosongnya itu.

"Ha lebih-lebih pula kau!" Tyara yang di situ pun beredar ke bahagian dapur. Berang agaknya.

"Aaa... Adik Tyara eh? Nama apa?" Soal Famy dengan segan-silu nya. Eh malu-malu pula. Tampar karang.

"Teratai," Teratai angguk tanda ya dan menjawab sepatah.

"Umur?"
"24,"
"Kerja?"
"Dekat Farmasi,"
"Masih available?"

Soalan terakhir Famy membuatkan Teratai tersentak. Teratai yang dari tadi menjawab soalan sambil menekur lantai pun menjeling tajam pada Famy.

Teratai pun terus ke bahagian office. Malas mahu bersoal jawab dengan Famy. Lebih-lebih pula tanya. Menyirap.

"Huh, sombong. Ini yang kita mahukan," mata milik Famy bersinar seolah itu ialah peluang keemasan.

"Hah kau! Jangan nak mengorat adik aku eh! Ini amaran. Yang penting, aku tak restu kau jadi adik ipar aku," kata Tyara penuh amaran. Macamlah dia tak dengar perbualan Famy dengan adiknya itu.

Famy pun menjeling Tyara. Sikit-sikit pun tak boleh ke hah?!

______________________________________

865 patah perkataan

Bersambung...


Kerana DiaWhere stories live. Discover now