KD 05

24 2 0
                                    

"Girl... you're different. You don't like other girls out there. Whenever I try to flirt with them, they will flirt with me back... But you, you hit different,"

"So? Kau nak aku buat apa?" Kata Tyara. Dia memang dah sombong sekarang nak layan lelaki yang cuba menggodanya. Apa ingat dia ingin??

"Uish sombongnya, makin sukalah!" Kata Ivan dengan terujanya. Amboi lain macam kau bang?!

"Tolong masuk dan habiskan pesanan kau sebelum aku-" terus cepat-cepat Ivan masuk ke dalam kafe.

"Woi!! Mengelamun apa tu bro?" Oi Pak cik kau hijau!! Terhinjut badan Ivan. Bukan-bukan aje dia ni.

"Farith... Sejak bila kau sampai?" Tadi tak nampak pun Farith sampai, sejak bila dia ada kat sebelah aku ni?

"Baru je sampai. Masa kau tengah ingat awek tadi," jawab Farith dengan selamba.

"Macam mana kau tahu sia?" Macam mana si Farith ni tahu aku teringat kat awek aku? Ops, Sorry! Bakal awek aku.

"Lah, betul ke tekaan aku? Haih tak sangka... Awek baru ke? Ke si Natalia juga kau nak?" Siapa pula Natalia ni?

"Sudahlah kau! Makin menjadi-jadi aje. Jom main, dah lama tak on" ya, sudah hampir seminggu dia tidak datang bermain bola tampar dengan pasukannya.

"Jom!" Bersemangat Farith nak bermain. Mereka ada pasukan mereka sendiri. Hampir setiap hari mereka akan membuat latihan bola tampar.

Setiap tahun, Pihak sekolah pasti akan memanggil pasukan mereka untuk melatih murid-murid. Supaya menjadi lebih hebat dan tangkaslah kiranya. Sebab, tak semua sekolah mereka akan datang, Siapa cepat dia dapat!

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰


Tyara sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah Mamanya. Untung si Tya ni, duduk rumah keluarga aje.

"Assalamualaikum..." Kedengaran pintu utama rumah dibuka. Ha balik pun Si Tamim ni, ingatkan tak ingat jalan ke rumah.

"Waalaikummussalam. Ingatkan dah tak tahu jalan balik rumah tadi," Kata Tyara. Sengaja bakar api betullah si Tya ni. Mengamuk Tamim nanti, tanggunglah sendiri.

"Haah, lupa jalan balik rumah tadi. Along... Sabtu ni ada friendly volleyball lah. Boleh tak Along temankan kita yang tampan ni?" Tamim memujuk dengan muka comelnya itu. Haihh nasib baik comel, kalau tak memang tak nak aku teman.

"Tak nak. Aku tak nak teman," Tyara tidak mahu kalah, dia terus buat-buat merajuk.

"Aku dah agak dah kau tak nak teman aku. So.... Nah! Ice Cream..... Matcha!" Tamim membuat kejutan ais krim Matcha pada Tyara.  Uish, Matcha. Kegemaran aku tu! Tyara apa lagi, terus rampaslah.

"Okay Cun! Pukul berapa? Dekat mana? Ada mamat handsome tak?" Seloroh Tyara dan cepat-cepat buka plastik ais krim matchanya itu.

"Gelojoh kau ya Long... Ni, pukul 3 petang kat tempat biasa yang kau hantar aku dulu. Yang pasti semua tampan-tampan, comel-comel, hot-hot punya" Tamim berkata dan membuat muka jahatnya. Wah, dah boleh nampak tanduk kat kepala dia tu.

"Terima kasih Tamim!" Kata Tyara lalu mencium pipi kiri dan kanan Adiknya itu.

"Along!!!" Tamim tidak berpuas hati. Kenapa? Sebab Tyara sengaja cium pipinya dengan mulut Tyara yang ada comot ais krim matcha. Sudahlah hanya Tyara yang suka Matcha dalam adik-beradiknya, yang lain semua tak suka.

Tyara pun apa lagi, tergelak-gelak dia macam syaitan. Tak senonoh betullah Along ni. Itu lah akibat terlalu single. Eh tapi aku pun single? Huwaaa

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

Macam kenal je gadis itu... Eh Tu bukan ke Akak cashier yang garang tu? Ivan pun pergi ke arah gadis yang dikenalinya itu.

"Kita ni memang berjodohlah I rasa," Ivan berkata di telinga kiri gadis itu. Sekali lagi, Ivan cuba untuk memikat gadis itu.

"Macam kenal lah kau ni? Kita pernah jumpa ke?" Kata gadis itu. Oh tuhan, kesian betul. Muka dah cantik tapi pelupa.

"Seriously? You don't remember me? Looks like you're forgetful" sindir Ivan pada gadis itu. Aduh! Siapa yang  picit lengan aku ni.

"Kau siapa ha nak try girlfriend aku?!" Mamat itu berkata kepada aku. Lah dah berpunya ke? Broken lah macam ni, ingatkan single, patutlah garang semacam.

"So this is yours?" Soal Ivan dengan riak biasanya padahal dalam hati ini sudah berkecai.

"Yep, so now leave us alone!" Tegas suara mamat itu. Okay okay! Ivan pun terus ke tempatnya semula.

"Kau dah kenapa kata aku ni awek kau?!" Tyara mencubit peha adiknya itu. Kata ajak teman je kan? Kenapa bila orang tanya kata awek?!

"Hahaha! Saja. Budak tu ke yang cuba nak flirt dengan kau kat kafe hari itu?" Soal Tamim

"Lagi pun, lepas kau dah break up dengan ex kau tu, aku dah tak nak tengok kau nangis lagi Along.... Aku tak suka dengar kau nangis... Dah lah lepas kau break up tu kau terus call aku! Tahu tak time tu aku tengah study subjek paling susah???" Luahan Tamim. Ini mesti kes dah lama pendam.

"Hehehe... Sorry... Tapi memang betul pun tu mamat yang nak try aku kat kafe haritu. Aku tak tahu lah, muka cina tapi...."

Ayat Tyara tergantung apabila pasukan Tamim sudah memanggil Tamim kerana game sudah mahu bermula.

______________________________________

808 patah perkataan

Bersambung...

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana DiaWhere stories live. Discover now