✎ Blurbs :
Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya.
Ivander Ignatius a.k.a...
"Hey guys! Lama tak jumpa! Kau orang semua menghilang ke mana weh?" Eman menepuk bahu sahabat-sahabat lamanya itu. Dah lama sangat mereka tak bertemu soalnya.
Zaman sekolah dahulu, siapa Aje tak mengenali sekumpulan ini. Terkenal sejak di tingkatan 3. Dikenali dengan kepandaian, sikap baik terhadap guru-guru, murid sukan dan yang paling utama, ketampanan.
"Wah Ivan! Makin tua makin hensem eh?? Ingatkan zaman remaja je hensem. Hahahaha!" Satu meja tergelak sakan. Itu Razziq. Mulut tu ringan je nak memuji orang.
"Kau nak kata aku tua lah ni? Tahu lah dah berbini. Sabarlah sikit, nanti aku pulak," Eman mengangkat-angkat keningnya.
Terus sekumpulan lelaki-lelaki kacak itu bersorak mengusik. Ada-ada je lah mereka ni.
Hari ini mereka membuat reunion. Yang menelefon Eman juga Razziq. Kiranya pertemuan semula ini dirancang oleh Razziq.
Kumpulan itu terdiri daripada 5 orang lelaki. Antaranya dia sendiri, Raziq, Hazrey, Luqman dan ketuanya-
"Sorry guys! I'm a bit late. Jammed," kata ketua kepada ahli kumpulannya itu.
Irmand.
"Yow bro! Dah lama tak jumpa kau!" Eman beriak biasa ketika menyapa Irmand. Dia cuma tidak mahu mengenangkan kisah silam mereka.
"Hahaha tu lah. Macam mana bro hidup kau lepas dah tukar sekolah dulu?" Soal Irmand dengan lagak sinis. Dah lama sangat tak jumpa kot...
Mendengar soalan itu, dengan sekelip mata satu meja itu senyap. Nampaknya ada cengkerik yang mendengar perbualan mereka.
"Ouh, Ivan. Aku dengar kau convert to Islam? Betul ke?" Soal Luqman segera memecahkan kesunyian antara mereka.
"Yeah... Alhamdulillah.. dah hampir setengah tahun aku masuk Islam," semua terkejut dan timbul perasaan kagum dalam diri mereka.
"Semoga kau terus mendalami Islam dan istiqamah," doa Hazrey pada Eman.
"Aamiin InshaAllah. Ouh by the way... Korang boleh panggil aku Eman. Eman Taufiq," sekali lagi mereka membuat mata membulat.
"Ouh my god- Ivan- I mean Eman. Subhanallah, sedapnya nama!" Razziq menutup mulut kerana terlalu teruja. Sungguh indah nama itu padanya.
"Sabar bang. Aku tukar nama je. Relax Yee" pesan Eman dalam keadaan menahan ketawa melihat reaksi Razziq yang gedik itu.
"Wah. Cool" hanya itu yang dibalas Irmand. Dia hanya beriak biasa ketika sahabatnya yang lain beriak terkejut. Padanya perkara itu biasa sahaja.
"Guys, ni. Sabtu depan aku buat majlis aqiqah. Anak ke dua. Perempuan. Jemput datang lah ye," jemput Razziq kepada sahabat-sahabatnya.
Mereka pun berbual rancak bersama. 2 jam berlalu dan seorang demi seorang pulang. Alasannya ada urusan penting.
"Aku cau dulu. Kita pun dah tak ada apa-apa," Irmand sudah menarik kerusi dan berdiri.
"Wait. Nah" Eman menghulurkan kad kahwinnya kepada Irmand. Awal-awal tadi Eman dah beri kepada sahabat-sahabatnya yang lain sebelum kehadiran Irmand.
"Thanks... And sorry," usai berkata itu, terus Irmand berjalan pulang. Tak sempat Eman berkata berhenti, Irmand telah jauh dari situ.
"Haih.. benda dah berbelas tahun kot... Kenapa kena buat muka lagi?" Eman mengeluh dalam diam.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
Kpak! Kpak! Kpak! Bung! Bung! Kpak! Kpak! Kpak! Bung! Bung! Kpak! Kpak! Kpak! Bung! Bung! Pengantin baru! Pengantin baru! Ad duduk a bersanding! At tersipu am malu!-
"Adoi!" Jerit Tamim dan Tamara. Haa tulah. Siapa suruh menyanyi lagu pengantin baru kuat-kuat di pagi-pagi buta ni.
Pada pagi itu, Eman dan Tyara akan bernikah. Petangnya pula, mereka membuat resepsi di rumah keluarga Tyara. Dua minggu kemudian pula, majlis perkahwinan di pihak keluarga Eman.
"Yang kau orang berdua ni memekak pagi-pagi ni dah kenapa?! Tahu tak sekarang pukul berapa?! Pukul 5 pagi! Bakal pengantin nikah pukul 9! Memekak lah lagi kalau nak memalukan Mama dan Papa!" Teratai membebel kepada Tamim dan Tamara.
Kembar ini selalu sahaja masuk air. Apa yang happy sangat? Yang kahwin tu Along mereka, mereka pula yang gembira kemain.
"Sorry angah! Kami terrr over excited!" Kata Tamim dan Tamara sambil kedua tapak tangan bersatu tanda maaf. Dah macam orang Korea dah ni. Nampak sangat suka tengok kdrama.
"Dah! Pergi mandi, lepas tu nanti kita solat subuh sama-sama. Ha kau Mim! Papa nak kau jadi Imam sebab bacaan ayat Al-Quran kau lagi bagus dan jelas. So kau imam! Jangan nak mengelak," kata Teratai pada adik-adiknya.
Sekarang ni, Teratai pula lah yang jadi garang macam Along cuma versi lagi seram. Along tak garang mana, tapi dia tegas. Macam papa.
Angah lagi garang dari Along. Ikut mama agaknya. Cuma mama dah tua-tua ni, tak ada lah nak marah.
Along dah nak kahwin, kalau nak minta duit jajan mesti dah tak dapat. Dulu boleh bodek-bodek lagi-
"Kau pahal Mil cakap dekat cermin sorang-sorang? Dah tak sihat?" Tegur Tyara pada adik bongsunya yang seolah berbual di cermin bersebelahan biliknya.
Haah.
"Uit, aku cakap dengan kau lah," Tyara mencuit adiknya itu. Dah kenapa cakap seorang diri depan cermin?
"Hahaha, sorry. Ha kau pergi lah mandi siap-siap. Takkan dah nak kahwin pun nak kena suruh pergi mandi. Pemalas!"
Eh sedap-sedap je hina aku?!! Tunggu kau Thariq!
______________________________________
795 patah perkataan
Bersambung...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.