✎ Blurbs :
Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya.
Ivander Ignatius a.k.a...
"Assalamualaikum isteri abang," terus menegak bulu roma Tyara. Meremang guys!
Majlis akad nikah yang diadakan di rumah keluarga Tyara telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah... Tunggu tengah harinya pula untuk resepsi selepas zohor.
"W.. waalaikummussalam...uhm. abang?" Tyara membalas dengan tergagap-gagap. Dia pelik tiba-tiba Eman menggelarkan dirinya dengan panggilan abang.
Eman yang baru masuk ke dalam bilik mereka terus meluru ke arah Tyara. Dia pun duduk bersebelahan isterinya di atas katil.
Dia terus memandang Tyara dan mengunci kedudukan Tyara dengan kedua belah tangannya di katil. Tyara pula hanya melihat sahaja gelagat suaminya itu.
"Yeah.. abang... Can you call me that? Or you wanna call me... Daddy?" Eman bertanya dengan suara garaunya. Dia merenung anak mata isterinya dengan tajam.
Dahi Tyara sudah berpeluh. Dia masih lagi berpakaian baju kurung nikah tadi. Nasib baik buka penghawa dingin, kalau tak makin berpeluh agaknya.
"Aaa.. abang aje lah.. boleh kan, abang?" Tyara yang masih membalas renungan Eman tu membalas dengan laju. Dia berdebar sebenarnya.
"Okey.." Eman tersenyum nakal lalu bangun dari kedudukan begitu. Dia saja je mahu mengusik isterinya itu. Haih, Eman Eman..
"Saya pergi mandi dulu ya... Lepas zohor nanti ada makan-makan pula," Eman hanya mengangguk. Tyara pun mengambil tuala yang tersangkut pun dicapai.
Eman pun berbaring di atas katil. Keluh dilepaskan. Selepas ini banyak tanggungjawab yang perlu dipikulnya. Dia yakin dia sudah bersedia.
"Ya Allah, permudahkanlah urusanku... Ringankan lah bebanku.." doanya perlahan di dalam hati.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Hehehe" tawanya perlahan sambil mengusap dagunya. Dia teringat semula kejadian yang berlaku ketika majlis akad nikahnya tadi.
"Ha hulurkanlah jari awak tu sayang, abang nak masuk cincin ni," kata Eman perlahan yang hanya mereka berdua boleh mendengar itu.
"Aaa... O-o-key..." Tyara pun menghulurkan jari manisnya dan Eman pun memasukkan cincin beremas putih dan terdapat batu permata berlian di atasnya.
Alhamdulilah, cincin itu muat dengan jari manis Tyara yang runcing itu. Tyara pula mengambil giliran menyarungkan cincin perak di jari suaminya.
Dia terus menyalam dan mencium tangan suaminya. Eman mahu mencium dahi Tyara, jadi dia mula mendekatkan bibirnya pada kepala Tyara perlahan-lahan.
Tuk
"Aduh..." "Ouchh"
Kata Eman dan Tyara serentak. Dahi Tyara terhantuk di dagu Eman. Eman pula sampai tergigit bahagian dalam pipi. Tyara yang terdengar itu mulai risau.
Dia meneleng kepala suaminya ke kiri dan ke kanan dengan lembut menggunakan kedua-dua tangannya.
"Awak, awak Okey? Sakit dekat mana? Tergigit ke? Nak apa-apa tak?" Soalan bertalu-talu dilontarkan oleh Tyara. Eman dalam hati sudah bersorak gembira.
Eman pula buat apa lagi? Terus dia rebut peluang mencium dahi Tyara itu. Ikut kau lah gigi nak gigit lidah ke pipi ke, nanti settle tepi.
"Abang! Yang tersenyum-senyum macam kerang busuk tu dah kenapa? Dah tak sihat ke??" Soalan Tyara menyentakkan lamunan Eman.
"Eh bakal mak budak!" Eman terjerit kecil. Dia yang tadi terbaring terus berdiri di sebelah katil. Dia pun menyambar tualanya dan masuk ke tandas.
"Wait, abang cakap apa tadi??" Tyara soal semula. Dia dengar je, saja nak tanya semula.
"Aaa.. tak ada apa-apa... Abang cakap Eh mak kucing. Haa tu Jee," tipu Eman. Ada-ada sajalah Eman ni.
Eman pelik kerana isterinya itu tidak membalas apa-apa selepas itu. Dia yang sudah bersiap pun keluar dari tandas.
"Abang jom solat-" Tyara yang bertelekung terpaku buat seketika. Kepalanya masih tertoleh ke arah Eman.
"Uit, tengok apa tuu??" Dengan pantas Eman yang hanya bertuala dari pusat hingga lutut itu memeluk bahagian atas dirinya supaya perut dan dadanya tidak kelihatan oleh Tyara.
"Ish! Abang ni lain kali keluar toilet terus pakai baju boleh tak?" Tyara terus mencampak baju Eman yang dari sudut bilik ke tepat muka Eman.
"Jangan kasar sangat ya awak. Saya balas nanti, tunggulah tunggu," kata Eman dalam hati. Sinis.
"Hah! Dah senyum macam psychopath ni kenapa? O-okey tak?" Soal Tyara sedikit gerun. Bagitahu aku sekarang siapa tak takut?!
"Aaa.. Ha jom kita solat,"
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Rehatlah pengantin baharu. Biar budak-budak ni settle kan," kata Papa kepada pasangan pengantin baharu itu.
"Baik pa. Assalamualaikum papa, assalamualaikum mama. Kami naik bilik dulu ya? Good night," kata Pasangan itu serentak. Wah, jodoh mesti panjang ni InshaAllah!
Papa dan mama pun membalas ucapan mereka dan pasangan itu pun naik ke bilik mereka.
"Huih, Astaghfirullahala'zim.." Tyara menggeleng dan menggosok dahinya dengan tangan. Memang itu habit yang dilakukan Tyara jika dia malu, takut dan gemuruh.
"Awak Okey tak ni? Duk gosok-gosok dahi tu kenapa?" Soal Eman. Dia tahu isterinya itu sorok sesuatu daripadanya.
"Hehehe tak ada apa lah... Hehehe Astaghfirullah..." Jawab Tyara. Kalau adik-beradiknya lihat, mereka pasti melabel Tyara gedik dan mengada.
Pada Eman itu comel. Pertama kali dia lihat Tyara seperti itu apabila bersamanya. Memanglah dah itu hari pertama mereka sebagai pasangan suami isteri.
Tyara sebenarnya teringat pada kejadian yang berlaku tengah hari tadi. Kejadian di mana Tyara mahu mengajak Eman solat, ketika itu Eman baru sahaja keluar dari tandas.
Sebenarnya dia nampak... Baik, ceritanya macam ni. Tyara sangka Eman mempunyai badan yang sedikit berisi kerana bahunya yang lebar.
Dia tak sangka pula sebenarnya suaminya mempunyai dada bidang dan berotot. Omg! Suami siapalah tu kan? Awak ada? Tak ada? Lemah!
______________________________________
842 patah perkataan
Bersambung...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.