Selepas tombol pintu dipulas, lalu pintu itu terhempas apabila ia tertutup. Matanya sembam, merah dan pipinya terdapat bekas air mata mengalir.
"Baru lepas putus cinta ke Cik Tyara?"
Soal Lina yang merupakan rakan baik Tyara dengan selambanya. Ya, Tyara. Tyara Emily. Nama seperti orang barat walhal sebenarnya tidak. Tyara masih belajar dan semester ini ialah semester terakhirnya.Dia masuk awal 30 minit ke kelasnya yang mula pada pukul 2 petang itu. Nasib baru beberapa orang sahaja yang berada di kelas itu.
"Mengapa perpisahan harus berlaku?"
Soalan tak berjawapan Lina dibalas dengan soalan. Tyara buntu. Mengapa kekasihnya perlu putus dengannya pada hari dia bakal menduduki ujian?"Baiklah, disebabkan kau tak mahu jawab soalan aku, aku pun tak mahu jawab soalan kau. So now please calm down because minutes after this we're gonna start our last paper exam,"
Balas Lina dengan bersemangat supaya kawannya tidak terlalu mengikut kata hati dan gagal dalam ujian.Nama diberi Eliana Qaireen, tetapi lebih dikenali dengan Lina. Tak adalah berapa jauh sangat Eliana dengan Lina tu, tapi tak apa.
Suka hati aku lah nak orang panggil aku apa? Nama aku, bukan suruh dia panggil aku dengan nama yang buruk dan bukan-bukan.
"Baiklah," Jawapan pendek Tyara. Lina pun memberikan tisu basah, lip balm, penyegar mulut dan krim tangan kepada Tyara.
Tyara pun mengelap pipi dan matanya dengan tisu basah untuk menghilangkan kesan air matanya.
Kemudian, dia menyembur penyegar mulut ke dalam mulut dan memakai lip balm di bibir merah jambu semula jadinya.
Akhir sekali, dia memakai hand cream dia telapak tangan, jari-jari, belakang telapak dan pergelangan tangannya.
Lina memang biasa bawa barang penting seperti itu untuk menghilangkan rasa gementar dalam diri.
Kelas sudah mulai dihadiri ramai pelajar. Pensyarah pun sudah masuk ke kelas dan memulai ujian terakhir pada semester terakhir mereka.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Alhamdulillah..." Syukur kerana hari ini aku telah graduasi sebagai lepasan degree.
"YEAYYYY! Seronoknya dah graduate!" Girang Lina. Sukalah tu dah habis belajar.
"Kau nak sambung belajar ke?" Soalku kerana aku rasa lepas ini aku nak buka kafe sahaja.
"Tak nak lah, aku nak jadi p.a. kepada bakal suami aku lepas kahwin. Bolehlah setiap masa aku hadap dia sahaja" ujar Lina dengan angan-angannya itu. Maklumlah Lina dah bertunang.
"Eh, nanti kau datang tau majlis akad nikah dan bersanding aku. Aku nak kawan baik aku sejak di kaunter pendaftran ini ada di majlis aku. Banyak yang kita hadapi sama-sama sahabat,"
Kata Lina dengan sebaknya lalu memelukku. Aduh, kenapalah hati aku tisu sangat ni? Dan aku terikut menangis juga.
"Sudah cukup, cukup sudah~ Cukup sampai di sini saja~ Daripada batin tersiksa~ Lebih baik ku pergi saja~" Nyanyiku lagu Sudah Cukup Sudah by Nirwana Band
"Sudah, tenang. Aku tak mati lagilah. Ada masa nanti kita boleh mesej, call, jumpa. Sudah jangan sedih-sedih, hari ini kita raikan hari graduasi kita Okey?" Pujukku lalu mengusap belakang badan Lina dan mengelap tangisannya dengan ibu jariku.
"Amboi, sudah macam drama pukul 7.30 malam," ujar Mamaku. Maklumlah dah nak terpisah, lepas ini ramai sibuk dengan kerja dan sebagainya.
"Hehehehe, bukan selalu buat drama macam ini Mama... Mama boleh tak tangkap gambar kami?" Aku hulur telefon pintarku kepada Mama.
Mamaku angguk lalu mengambil huluran aku. Kcik! Kcik! Kcik! Settle.
"Hah Lina, itu. Keluarga dan tunang kau dah ada kat sana. Mereka sudah panggil-panggil kau tu. Pergilah," Lina mengangguk lalu meninggalkan aku dan pergi ke mereka.
"Mama tengok Lina tu sudah nak kahwin, kamu bila lagi?" Soal Mamaku. Halah Mama, sikit-sikit cakap pasal kahwin, tiada perkara lain ke nak disembangkan? Saya masih muda tahu!
Aku hanya tersenyum hambar. Kemudian, Mamaku memaklumkan kepada aku bahawa dia mahu ke tandas. Aku pun memberitahu selok belok ke sana dan berlalulah Mamaku ke tandas.
"Tyara Emily!!!"
______________________________________
618 patah perkataanBersambung...
YOU ARE READING
Kerana Dia
Romance✎ Blurbs : Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya. Ivander Ignatius a.k.a...