KD 11

10 2 0
                                    

"Mommy... Ivan nak meluah apa yang terkandung di dada Ivan ni boleh tak? Ivan buntu sangat dan lagi dipendam, dada Ivan rasa sempit. Boleh?"

Sejak seminggu lalu setelah kejadian di kafe, Ivan selalu tak senang tidur dan makan tak lalu. Dia asyik berfikir tentang Tyara sehingga dadanya berasa sesak dan sempit.

"Of course son. InshaAllah I can help you," kata mommy sambil mengusap lembut tangan anaknya itu.

"Ivan rasa... Ivan nak kahwin. Ivan selalu sangat terfikirkan dia dan itu buat Ivan tak senang duduk. But, the girl that I like is a Muslim. Even I don't know why I like her," luah Ivan

"Ivan nak masuk Islam, tapi Ivan tak ready. Ivan risau jika ada sesuatu terjadi antara kami, Ivan akan keluar semula dari landasan. Ivan tahu, Ivan sedar yang..."

"Yang?

"Ivan sedar yang Islam adalah kebenarannya. Satu-satunya jalan menuju Syurga adalah dengan berpegang pada agama Allah dan melakukan perintahnya,"

"Alhamdulillah kalau Ivan fikir macam tu. It's good son. Cuma kalau betul Ivan nak masuk Islam, niat Ivan kena betul. Untuk mendapatkan cinta dan reda Allah. Dalam hati Ivan, jangan biarkan Ivan masuk Islam hanya untuk kahwin dengan wanita yang Ivan cinta," jelas mommy. Ivan mengangguk faham.

"Ivan dah fikir masak-masak?" Soal mommy. "Iya mommy, Ivan yakin nak masuk Islam kerana Ivan sedar. Tiada tuhan selain Allah," jawab Ivan dengan yakinnya. "Alhamdulillah..." Syukur mommy.

"Nanti kita beritahu ayah, ayah akan bantu Ivan dalam proses ini oke? Mommy bagi Ivan 1 tahun untuk Ivan mendalami dan mempelajari Islam betul-betul dengan ayah dan ustaz-ustaz,"

"Baik mommy, sayang mommy," Ivan berkata lalu memeluk tubuh mommy kesayangannya itu.

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

"Papa, mama, budak tu dah datang balik," kata Tamim
"Budak egg nak rebus tu?"
"Papa...tak elok ejek nama anak orang. Nama dia Ignatius, bukan Egg nak rebus," Mama berkata lembut dengan Papa.

"Kamu jumpa dia dekat mana?" Soal Papa
"Di Kafe Tyara minggu lepas. Dia tolong angkat Along sebab Along pengsan dekat luar. Jadi dia tolong bawa Along masuk kafe..."

"Dia pegang Along?!?!" Papa tak berpuas hati. Dia menepuk meja dengan kuat. Dia tidak mahu anak-anak daranya disentuh mana-mana lelaki kecuali sudah ada ikatan halal.

"Papa, meja tu tak bersalah. Kenapa papa tepuk dia kuat-kuat? Sian meja ni," kata Tamara terasa sambil mengelus lembut meja tu. Ahli keluarga itu sudah mula menggeleng.

" Uit, kau simpan sikit gila kau tu boleh?" Tamim membisik di telinga Tamara yang berada di sebelahnya. Tamara yang mendengar pun mencebik.

"Kita kahwinkan mereka," ayah membuat kata putus.

"What?!"
"Apa?!"
"Why?!"

Mommy, Tamim dan Tamara berkata serentak. Mengapa keputusan papa itu agak... Terburu-buru? Kenapa perlu keputusan akhir nya ialah kahwin?

"Papa pun tak nak Along kamu tu single, macam lah papa tak tahu ada orang miang kacau Along kamu di kafe dia tu," papa beri alasan kedua.

"Ouhh faham.... Okey, mama setuju. Yang kita tahu dia seorang aje lelaki bukan mahram sentuh Along, jadi lebih baik kita kahwinkan mereka. Setuju?" Kata mama, menurut cadangan bernas suaminya itu.

"Tapi pa, ma, why? After dia lukakan hati Along? Tamim tak nak tengok Along macam dulu lagi," Tamim sebenarnya sangat sayang akan Alongnya itu. Alonglah menjadi pendengar dan penasihat terbaiknya begitu juga Tamim terhadap Tyara.

"Sebab Egg tu pernah lukakan hati Along lah dia kena pulihkan balik hati Along kamu tu. Papa yakin Egg telah ditakdirkan buat Along." Kata-kata papa juga seolah-olah reda dengan perkara yang telah tertulis itu.

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

"Alhamdulillah... Thank you Mommy, Ayah... Bantu Ivan , ya?" Kata Ivan.

" Alhamdulillah, sama-sama sayang... Ingat tujuan utama awak apa?" Mommy menguji Ivan

"Mengejar cinta dan reda Allah,  Mengejar cinta rasul, dan menjadi sahabat Al-Quran," kata Ivan dengan yakin.

"Audrey tahu ke pasal Ivan ni?" Soal Ivan. "Tak, balik nanti kita bagitahu dia. Dia masih busy tu dengan budak," kata ayah.

"Budak? Dia babysitter ke?" Mommy dan ayah saling berpandangan. Babysitter? Pasangan itu pun menghemburkan ketawa. Galak ye disitu. Apa yang lawak?

"Adik kamu cikgu Tadika Ivanku uiii," kata mommy masih bersisa ketawa. Ivan pula hanya meng o sahaja sambil mengangguk.

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

"Kenapa kau datang balik ha?!?!" Gadis itu masih tidak berpuas hati akan kehadiran Ivan di kejadian lepas.

Apa salah Ivan?
Kenapa gadis itu sangat marah terhadap jejaka tampan itu?

______________________________________

700 patah perkataan

Bersambung...

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana DiaWhere stories live. Discover now