"Abang nak tanya. boleh?" Eman memulakan perbualan di dalam kereta itu.
"Hmm" Thariq mengiyakan. Dia malas sebenarnya mahu berbual. Dia lebih suka bersama telefonnya.
"Thariq couple ke?" Soal Eman berhati-hati. Dia risau bakal adik iparnya ini naik angin. Dia tahu Thariq ni baran.
Kejadian minggu lalu terimbas di minda Thariq. Kejadian dimana dia melihat kekasihnya tersakiti.
"Haah. Macam abang nampak. Adel is mine," jawapan yang diberikan oleh Thariq membuatkan Eman tergamam. Wah, jujurnya budak ni.
"Dan abang jangan sesekali terfikir nak bagi tahu mama dan papa. Abang ingat Thariq tak kenal siapa abang? Abang yang sebelum ni, yang sebenarnya, Thariq tahu," ujar Thariq tajam ke arah Eman.
Eman sangka tiada siapa yang mengenalinya. Namun dia salah.
"Kami, Tamim dan papa kenal Abang. Thariq tak pernah terfikir yang abang akan kahwin dengan Along. Andai jodoh kau orang memang dah tertulis, kami reda dan bersyukur," ujar Thariq penuh ketenangan. Eman... Dia terpaku.
Dalam hati, dia sudah berjanji untuk tak menyakiti bakal permaisurinya, kerana dia tahu dia bakal lebih tersakiti jika dia menyakiti Tyara.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"B***h! Rancangan tu tak menjadi!" Irdina menyerabutkan rambutnya. Siapa Aje tak mengamuk bila rancangan kau tak berjalan seperti yang dirancang?!
"Huh, kerja macam ni pun kau tak boleh buat. Lemah," Irdina menjeling ketika mendengar ayat yang dilontarkan oleh lelaki itu.
"Sekarang aku pula yang jalankan rancangan ini," Kata lelaki itu penuh lagak.
Irdina pun tidak tahu siapa lelaki ini. Tetapi yang di tahu, tujuan mereka adalah sama.
Melihat Eman menderita.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
Dengan berat hatinya, Eman tetap melangkah masuk ke restoran yang dijanjikan.
Ian telefon dia semalam. Tamat je panggilan itu, dia berasa tak sedap hati. Kenapalah perasaan seperti ini sering muncul??
"Hm, datang juga kau Ivan. Ingatkan tak nak datang. Kau lewat 30 saat bro," kata Ian dengan sinis. Kedengaran agak remeh, tetapi dia kenal adiknya. Ivan seorang yang menepati waktu.
Kalau mereka janji 2 petang, dia pasti akan tiba tepat 2 petang. Tapi hari ini dia lewat. Ya, lewat 30 saat.
"Just straight to the point. Aku tak ada masa untuk jumpa kau," tegas Eman tapi masih cuba dilembutkan. Kita diajar untuk sentiasa berlemah-lembut.
"Aku... Tak puas hati kau masuk Islam,"
"So?"
"Aku nak kau keluar. Masuk Kristian balik,"
"Aku tak nak,"
"Kenapa? Kau masuk Islam pun sebab perempuan. Salah niat bro, kalau perempuan tu tak nak dekat kau?"
"Ada sebab aku memeluk Islam. Yang pasti ia bukan kerana wanita semata-mata,"Eman masih santai menjawab setiap soalan yang ditanyakan oleh Eman. Dia tetap tenang, bersabar dan memperbanyakkan doa. Dia tahu Allah sentiasa ada bersama hamba-hambaNya untuk menghadapi ujian.
Jawapan yang diberikan oleh Eman sedikit sebanyak membuat Ian koyak. Siapa je tak sakit hati, kau marah orang tu, tapi orang tu tenang je.
"Huh, niat lain? Tak percaya. Kau ni buaya. Kaki perempuan. Macamlah aku tak kenal kau," Ian sudah mula berlagak. Dia sangka kata-katanya itu tak boleh dijawab oleh Eman.
"Kau memang tak kenal aku. Aku yang dulu sangat berbeza dengan aku yang sekarang. Kau tak pernah nak kenal aku. Kau. Tak. Pernah. Kesah," Eman menyebut satu-satu perkataan di hujung.
"Then kau bagitahu aku niat kau yang sebenarnya! Jujur je lah Ivan. Kau masuk Islam sebab betina tu kan?? Apa nama dia? Tyara right?" Ian cuba menguji kesabaran Eman. Dia benci dengan perangai bagitahu tak habis.
Eman hanya diam. Dia cuba untuk mengatur ayat. Mukanya sudah tegang dan timbul urat. Uishh seram..
"So, betullah nama betina tu Tyara? Aku dah agak. Tyara Emily... macam pernah dengar,"
"Ohh! Budak tu... Huh, kau dah lukakan hati dia. Itupun ada niat lagi nak pulihkan? Dalam mimpi je lah"
Ian sudah senyum kemenangan. Dia yakin yang adiknya tidak dapat membalas. Huh, nampak sangat masuk Islam sebab betina tu-
"Ivan masuk Islam kerana DIA, ALLAH Tuhan yang mentadbir alam ini! Bukan sebab Tyara semata-mata bang!" Ian tergamam mendengar balasan adiknya.
"Dan sekali lagi aku tegaskan, kalau benda ni tak penting, aku balik. Banyak benda penting aku kena settle minggu ni," Eman mulai berdiri.
Ian sudah agak. Dia cabar dengan orang yang salah. Adiknya tidak seperti dahulu. Dulu Eman seorang kaki perempuan, baran, mudah koyak. Tapi adiknya telah benar-benar berubah setelah dia memeluk Islam.
Hanya ini sahaja caranya yang terakhir. Untuk menyakitkan Eman. Dia pun keluarkan satu fail kertas coklat. Dia campakkan sahaja fail itu di atas meja.
Dahi Eman sudah berkerut. Dia duduk semula tika melihat fail kertas itu. Dia memandang Ian.
"What's this?" Soal Eman dengan muka tegangnya. Apa pula sekarang ni?
"Look at it. Then you know what is it about," kata Ian tenang. Dia tidak boleh membuat muka di hadapan Eman. Dia bakal digelar pengecut.
Muka Eman semakin tegang. Dia tak sangka gambar-gambar itu disimpan lagi. Dan ada beberapa gambar yang dia tak sangka itu diambil.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
Kereta itu dipandu laju di jalan raya. Dia tetap perlu berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya walau apapun yang terjadi.
"Bang, datang rumah mama,"
Panggilan telefon itu terus diletak setelah mendengar arahan tersebut. Tamim menelefonnya tengahari itu. Nasiblah dia baru sahaja mahu gerak ke pusat tuisyen dari rumah. Jadi, dia terus ke rumah Tyara.
"Assalamualaikum," Eman memberi salam kepada orang yang di dalam rumah. Dia pun melangkah masuk ke dalam setelah dijemput.
"Waalaikummussalam. Eman, jangan risau. Kami telefon sebab kami nak kamu tahu perkara ni," kata Encik Tarmidzi.
"Along... Along pengsan. Masa tu, Along kata dia dengar bunyi loceng, dia pun keluar sebab ingat parcel dia dah sampai. Pastu lepas 5 minit dia tak masuk-masuk lagi. Tu yang Tamim keluar... Tahu-tahu dia dah pengsan," Tamim berkata dengan cemasnya.
"Kau ke yang hantar benda tu?"
______________________________________
927 patah perkataan
Bersambung...
YOU ARE READING
Kerana Dia
Romance✎ Blurbs : Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya. Ivander Ignatius a.k.a...