"Emi, Emi... Day by day, kau makin cantik, ayu, jelita. Bilalah ya kita boleh bersama? I miss to touch you," kata gerangan tersebut sambil memegang gambar Tyara yang berpakaian graduan.
"Ha, ha tak dapat! Padan muka!" Kata Tyara berpuas hati sambil menjelirkan lidah pada Sofia.
"Ishhh akak ni kan! Siap akak nanti-" kata Sofia terputus tatkala melihat gerangan yang berada di belakang Tyara. Memakai T-shirt putih, berseluar jeans hitam dan bercermin mata hitam.
Tyara pelik dengan pandangan Sofia padanya. Ada orang ke kat belakang aku ni? Tyara pun sekaligus berpusing ke belakangnya.
Bukk!!
"Aduh..." Tyara menggosok dahinya lembut yang terkena pada dada lelaki yang berada di belakangnya tadi.
"Are you okay hm?" Soal lelaki itu lembut. Tangan kanan lelaki itu mendarat di pinggang Tyara manakala tangan lagi satu di letakkan di dahi Tyara yang terkena dadanya tadi.
Lembutnya suara dia, cair pula aku... Astaghfirullahalazim, dia pegang aku. *Crying
"I-Im okay..." Tyara memandang muka lelaki itu. Mata dia, Sepet. Lebih tinggi dari aku, ya. Okay, my type.
Kedua-dua mereka tidak sedar akan realiti. Dua-dua seperti saling tenggelam di dunia mereka sendiri.
"I'm sorry..." Lelaki itu pun melepaskan pegangannya di pinggang Tyara. Mereka pun seakan tersedar dari dunia mereka terus menjauhkan diri antara satu sama lain.
Akibat terlalu malu kerana mata-mata yang memandang, Tyara terus ke luar kafenya itu. Lelaki tadi meneruskan niatnya ke kaunter itu untuk memesan. I miss you too much,Emi.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
Pegangan mamat itu. Seperti pernah dirasai. Aduh, kenapa kepala aku sakit sangat ni... Aduh... Tyara memegang kepalanya yang kini terasa berat.
Bukk!
"Tyara!!!" Suara itu... Mama? Aduh kenapa rasa macam melayang ni. Dan dunia Tyara pun gelap.
Mama pun memanggil Papa dan ahli keluarga yang lain. "Papa, papa sediakan kereta, biar abang yang angkat Along masuk dalam kereta," kata Tamim pada Papanya seraya mengangkat tubuh Tyara itu.
Yang lain dengan pantas memakai pakaian sopan dan tudung bagi Mama, Teratai Emma, adik kedua Tyara atau dikenali sebagai angah, dan Tamara. Mama, Papa dan Tamim membawa Tyara ke hospital dengan kereta Papanya. Teratai, Tamara dan Thariq pula menaiki kereta Teratai.
Setelah beberapa minit di hospital, Tyara pun telah dialihkan ke wad biasa. Doktor yang bertugas pun ke keluarga Tyara.
"Sebelum ini, Tyara ada mengadu penat dan stress? Dia pernah pengsan tak sebelum ini?" Soal doktor
"Tiada doktor, Tyara seorang yang tak suka susahkan parents. Lagi pun dia kerjakan, mesti rasa penat dan letih," balas Tamim
"Begini, Tyara sebenarnya mengalami Hipoglisemia. Hipoglisemia terjadi apabila paras gula dalam darah dikesan rendah. Hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.,"
"Apa simptom dan tanda hipoglisemia ni doktor?" Soal Tamim.
"Antaranya ialah Jantung rasa berdebar-debar, kepenatan, penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat, tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan, berpeluh, rasa menggigil, sakit kepala, kulit menjadi pucat dan sejuk dan pertuturan menjadi tidak jelas. Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan,"
Seluruh keluarga memberi perhatian akan tanda dan simptom hipoglisemia. Mereka pun mengangguk apabila ayat yang dilontarkan habis.
"Kalau begitu, saya pergi dahulu ya?"
"Baik doktor, Terima kasih ya," mereka sekeluarga pun masuk ke wad Tyara itu. Sofia juga turut datang kerana risau dengan keadaan Kak Tyaranya itu selepas dihubungi oleh Tamim.
"Mama, Papa, Along kat mana ni?" Soal Tyara yang baru sedar dari pengsan nya itu.
"Along, kau pengsan tadi. Sekarang kau dekat hospital. Nasib baik Mama kat dapur tadi, pastu nampak kau pengsan masa kau tunggu air dalam cawan penuh," Cerita Thariq kepada Tyara.
Hanya anggukan yang dibalas kepada Thariq. Tyara pun memandang kepada ahli keluarganya yang lain. Tiba-tiba dia ternampak seperti ada seseorang yang melihatnya di tingkap pintu wad itu.
Gerangan yang perasan yang Tyara melihatnya terus dia berlalu pergi. Tyara...dia pasti dia kenal gerangan itu, tapi di mana?
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Siapa ini?" Kata Ian yang baru sahaja masuk ke dalam bilik adiknya, Ivan. Bilik adiknya itu terdapat gambar seorang wanita yang dia tidak kenali.
"Em-" kata Ian terputus apabila mahu membaca nama yang tertulis di belakang gambar itu. Kolar bajunya ditarik kuat bagi Ian keluar dari bilik itu.
"Kau buat apa s*al dalam bilik aku?" Jerit Ivan masih menggenggam kolar baju Ian. Dia tidak puas hati mengapa abangnya perlu masuk ke dalam biliknya tanpa keizinannya?
"Perempuan tu siapa? Siapa g*la!!!" Marah Ian semula apabila adiknya menjerit padanya. Tanpa sedar dia tertumbuk pipi Ivan.
"Itu... Itu buah hati aku,Emi! Puas??? Puas tak dapat tahu Si*l! Semak!" Ivan terus melepaskan genggamannya pada kolar baju Ian. Dia memegang bibirnya yang pecah akibat tumbukan Ian itu.
Tanpa membuang masa, dia menolak abangnya supaya sedikit jauh dari biliknya itu. Ivan menghempas pintu biliknya itu dari dalam.
"Rahsia aku... Mommy... Call mommy..." Gumam Ivan. Dia pun mengeluarkan iPhone nya itu dan menghubungi mommynya.
"Hello mommy... Ivan nak bermalam di rumah mommy malam ni boleh?"
"Mommy share location pada Ivan ya, Bye mommy"Panggilan pun diletakkan.
______________________________________
815 patah perkataan
Bersambung...
YOU ARE READING
Kerana Dia
Romance✎ Blurbs : Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya. Ivander Ignatius a.k.a...