KD 17

8 3 0
                                    

"Sir betul ke kelas tuisyen untuk subjek bahasa inggeris akan ada cikgu baru?" Tanya seorang murid bernama Hamani kepada Eman. Hamani duduk di meja berhadapan dengan meja guru.

Kelas tuisyen itu masih belum bermula. Yang ada dalam kelas itu pun hanya beberapa murid sahaja.

"Hmm yeah... Miss Irdina. Kamu tahu dari mana?" Dia tertanya-tanya siapa yang memberi tahu. Dia pun baru dapat tahu perkara itu malam tadi. Terus hari ini ada murid bertanya.

Irdina... Nama itu seperti pernah didengari sebelum ini. Eman juga terfikir-fikir tentang wanita itu kerana nama itu seperti seseorang di masa lalunya.

"Entah. Saya pun dengar bualan dan gosip orang. Saya nak tanya je benda itu... Hehehe," jelas Hamani dengan segannya.

Dia hanya mengangguk apabila mendengar penjelasan anak muridnya itu.

"Yeay lepas ni ada cikgu tuisyen inggeris baharu," kata Hamani sedikit gembira. Siapa je tak suka kehadiran guru tuisyen baharu.

"Ouh, jadi sebelum ni kamu tak sukalah Sir yang jadi cikgu tuisyen subjek bahasa inggeris sementara kamu? Haa kantoi!" Eman mengusik murid itu.

"Ish Sir ni. Mana ada. Saya baik je Sir ajar saya, yang saya benci tu budak-budak perempuan yang tergedik-gedik dengan Sir. Mentang-mentanglah Sir ni muda, handsome, bergaya, semua mengada-ngada. Geli tahu tak?" murid itu luah ketidakpuasan hatinya.

Orang datang tuisyen ni untuk memperkukuhkan lagi mata pelajaran yang diambil itu, tapi ada segelintir murid yang menggedik pula.

"Kamu confess dekat Sir ke ni?" Eman mengangkat kedua-dua kening mengusik. Dahi murid itu berkerut. Apakah?

"Sir jangan nak fikir bukan-bukan eh? Saya jujur je. Saya dah ada crush tau. Dia lagi comel dari Sir. Huh," Cebik Hamani. Haih anak murid sorang ni, apa-apa jelah anak muridku uii. Nasib lah comel.

"Okey Okey, Sir mengalah. Kamu menang. Nak Sir belanja Tealive?" Kata Eman mengangkat kedua belah tangannya ke paras bahu tanda mengalah. Kemudian dia berbisik pada Hamani dan mempelawa Hamani untuk belanja air.

"Tealive? Okey cun. Saya nak yang keluaran baharu tu tahu," kata Hamani juga perlahan dengan mata bersinarnya. Siapa je tak suka kena belanja?

"Okey, 30 minit sebelum kelas tamat, ingatkan Sir untuk pesan. Nanti kelas dah habis, kamu ambil air itu. Cun?" Pesan Eman pada Hamani. Hamani pun hanya mengangkat ibu jarinya dan mengangguk.

Kelas juga mulai ramai yang hadir, beberapa minit kemudian Eman pun memulakan kelas itu.

Eman ingin belanja murid itu air tanda sedekah. Tak mampu untuk semua satu hari, dia belanja setiap hari seorang murid. Alhamdulillah...

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

"Along... Jadi apa jawapan kamu?" Soal Mama kepada Tyara. Ya tuhan... Adakah pilihanku ini tepat? Patut ke aku terima?

Tyara menghembuskan keluhan. Dia pun teringat akan kejadian di rumah keluarga Eman untuk makan malam yang dijemput oleh mommy nya.

"Jadi kau nak jadi isteri aku yang sah?" Soal Eman.
"Aaaa... Apa jaminan awak pada saya?"
"Tyara Emily... Ana uhibbuka fillah"

Dia agak terkedu dengan jawapan yang diberikan oleh Eman. "Aku mencintaimu kerana Allah" itulah ertinya. Subhanallah... Adakah... Ini jawapannya dari setiap solat istikharah yang dilakukan?

Kejadian itu masih terngiang-ngiang di mindanya. Dia kembali menatap wajah mamanya yang tertunggu-tunggu dengan jawapannya.

"Ya..." Mama yang mendengar jawapan itu terus memeluk anak sulongnya itu. Air matanya terjatuh apabila mendengar jawapan itu.

"Mama akan sentiasa doakan kebahagiaan Along," mama mengelus belakang badanku. Aishh ada orang potong bawang ke ni??

"Mama... Janganlah nangis... Hiks Hiks.."
"Mana ada mama nangis... Lepas ni mungkin kita kena berjauhan, kamu kena ikut suami kamu..."
"Baik mama... Mama sentiasa doakan Along ye..."

Adik-beradik dan papanya melihat drama anak beranak itu. Mereka saling berpandangan. Ada yang masih proses apa yang terjadi, ada yang mula memerli kelakuan mereka.

"Alolololo dah dah jangan nangis..." Kata Papa dan kini semua ahli keluarga itu memeluk Tyara. Alahai, comelnya keletah keluarga ini.

"Baik, sekarang dua-dua pihak bersetuju untuk berkahwin. Bulan depan nikah. Boleh?" Terbuntang mata Tyara mendengar cadangan Papanya itu.

"Pa! Cepatnya! Kamu nak sangat ke halau anak sulong kamu ni?!" Bahu papa ditampar oleh mama. Sabar ya papa, saya faham perasan dipukul.

"Hehe, tak ada lah. Benda baik buat apa dilambat-lambatkan. Baik kita nikahkan cepat-cepat. Sesi taaruf dah buat, setuju pun iya juga. Apa lagi?" Apa membalas.

"Betul juga itu..."

🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰

"I want a slice of tiramisu cake. Also a strawaberry milk shake," pesan seorang lelaki di kaunter. Suara mamat ni macam familiar je...

"Anything else?" Soal Tyara yang menjadi cashier ketika itu. Lelaki itu menggeleng. Mata yang dikemaskan dengan cermin mata hitam itu mengalihkan pandangannya dari telefon ke arah cashier. Dia menggeleng tanda tiada.

"Alright... The total is RM 25.60. Can I have your name?" Tyara kemudiannya bertanya kepada lelaki di hadapannya itu.

"Famy,"

Hanya dengan satu perkataan yang disebut itu, terus membuatkan Tyara memandang lelaki di hadapannya itu. Nama itu...

"Famy? Wait... Fahmi?" Mendengar kata-kata Tyara itu, terus lelaki yang digelar Famy itu membuka cermin mata hitamnya dengan dramatik.

"Woah.. How.. wait? What? Tayar, is that you?" Mak ai, dah keluar dan lenggok gedik suara Famy itu.

"Yeah! It's me, Tayar! Your Tayar!!" Wahh sungguh kecoh dalam kafe itu dengan kerancakan suara mereka. Mereka saling tergamam dengan pertemuan setelah sekian lama tidak bertemu.

"Tayar, Famy! It's time to happy! Woochihh woochihh hissss!" Handshake dan sorakan mereka memenuhi kafe itu. Handshake yang direka mereka sendiri yang mana handshake itu tidak bersentuhan tangan. Inilah gelagat mereka setiap kali bertemu ketika di bangku sekolah dahulu.

"Weh, dah lama sia tak jumpa kau!!" Kata Famy, Fahmi Khairi. Famy kini dah 360 darjah glow up.

Jejaka itu sekarang lebih tinggi, mempunyai tekstur kulit yang cantik dan warna yang cerah, yang paling penting, dia dah pandai berstyle!! Bersyukurnya! Tak sia-sia aku ajar dia bergaya dulu!

Mesti ramai minat punya! Hahahaha!

______________________________________

932 patah perkataan

Bersambung...

Bersambung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kerana DiaWhere stories live. Discover now