✎ Blurbs :
Tyara Emily, Pengurus Tiara's Cafe. "Patut ke aku terima?" Masih ragu dengan pilihannya sekarang. Dia tak pasti, adakah dia patut atau tidak menerima lamaran dari seseorang yang dia sendiri tidak kenal hati budinya.
Ivander Ignatius a.k.a...
"Mommy, Adik, Ivan minta maaf ya pasal abang. Ivan sayang sangat dekat Mommy dan adik. Beri Ivan dan abang masa boleh? Kami tak bersedia lagi"
Mommynya hanya mampu mengangguk. Sedih dengan kata-kata yang dilontarkan anak sulongnya itu tadi.
"No Abang tak nak. Abang tak mahu tinggal dengan Mommy, abang tak mahu ikut agama yang Mommy ikut"
"Mommy tahu tak apa yang Mommy buat? Mommy dan Daddy bergaduh, selepas itu bercerai! Tahu tak perasan Abang macam mana? Mommy tahu tak masa itu umur kami berapa? Kami masih tak mentah Mommy! Abang 15, Ivan 13 dan adik baru saja 10!"
"Sudahlah Mommy, Mommy dan adik baliklah. Adik, jaga Mommy baik-baik,"
Ivan pun tak sangka abangnya akan berkata sedemikian. Benar, dia tidak berada di tempat Mommy, tetapi dia pasti Mommy amat terasa dengan kata-kata abangnya itu.
"Abang Ivan, nanti pujuk Abang lagi boleh? Percayalah cakap adik, Islam itu Indah," itulah pesanan adiknya.
Mommy pun masuk ke dalam perut kereta dan adiknya duduk di tempat pemandu. Adik dah reti bawa kereta sekarang. Harap adik dapat jaga Mommy dengan baik.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Hello pretty, can I have an americano ice? And a piece of almond cake?"
Dah miang ke apa orang tua ni? Dah berjanggut dan beruban pun nak mengorat anak dara orang ke?
Istighfar Tya, Astaghfirullahalazim...
"Pak Cik nak apa lagi?" Soal Tyara dengan singkat, tegas tetapi sopan.
"Don't call me Pak Cik, just call me Abang" senyum miang Pak Cik itu lagi. Siap tekan perkataan 'abang' pula tu.
Tyara hanya menarik nafas dan mengeluh dengan perlahan. Dia hanya mampu bersabar.
Hari ini hanya dia, Kak Milah dan Leo sahaja yang bekerja. Tiba-tiba pulak Pak Cik ni datang, dengan perempuan yang berpakaian menonjol pulak tu. Siap pegang tangan sekali, sepakej.
"Abang nak you boleh?"
Like, What?!?! Nak saya?!?! Pak Cik, tolonglah bertaubat sebelum terlambat. Makin meningkat usia kita ni, makin dekat kita dengan kematian. Nak kata bukan Islam, sebelum order tadi bagi salam.
"Semuanya Rm17," Aku terus potong dan straight to the point. Sudah tak nak order apa-apa lagi kan, aku sebut total terus.
Pak Cik itu memberi Rm20 dan kata "keep the chance" aku pun ape lagi, bagi resit dan terus sediakan apa yang dia nak.
Aku perasan beberapa hari lepas dia ada datang juga, tapi dengan perempuan lain. Nasib masa itu bukan aku yang cashier, tapi Leo. Aku jadi pemerhati sahaja, mahu tengok anak buah aku bekerja. Ceh!
Aku perasan juga yang hari itu dia asyik pandang aku aje. Aku pun terus keluar dari kafe untuk ambil udara yang segar sebentar.
Ya, aku dapat bunga lagi. Aduh, kenapalah hampir setiap minggu aku dapat bunga? Nak kata aku cantik, bolehlah, tapi pekerja-pekerja aku lagi cantik dan tampan.
Yang pasti aurat pekerja-pekerja aku terjaga dan tertutup. Aku tak nak Tiara's Cafe ni boleh mencemarkan nama aku yang indah ni.
🄺🄴🅁🄰🄽🄰 🄳🄸🄰
"Sir, hari ni kelas habis pukul 5 kan? Sir free tak habis kelas ni?"
"Yeah, why?"
"Can Sir join us for some revision at a one cafe? Dekat aje kafe tu dengan kelas ni. Boleh tak?"
"Alright, I'll join you and your friends but only until 6pm o'clock okay?"
"Mantap Sir!" Murid perempuan itu membuat thumbs up pada Ivan. Demi sebuah ulangkaji, aku sanggup turun padang.
Seperti yang dijanjikan, habis sahaja kelas mereka berkemas dan pergi ke kafe yang dikatanya dekat. Ouh, patutlah dekat, di seberang jalan aje. Jalan kaki pun boleh sampai, tak payah susah-susah naik kereta.
Mereka masuk ke dalam kafe itu dan mula memesan. Ivan yang terakhir memesan dan dia hanya memesan minuman.
"Saya nak Almond coffee ya, dan.... Hati awak" kata Ivan dan mengenyitkan mata kanan.
Dia pun tidak tahu mengapa dia berbuat sedemikian. Mungkin mahu mencari pasangan hidup yang boleh menyayangi dia.
Melayu ke cina ke, try je. Mana tahu diorang accept. HAHAHAHAHAH. Tapi gadis di depannya lain dari yang lain. Kalau gadis lain, diorang akan goda aku balik. Last-last, aku yang tarik diri.
Gadis itu pun terus memanggil pekerja yang lain untuk mengurus pembayaran pesanan aku. Sempat juga dia bagi panahan mata yang tajam. Nak tersedak aku.
Apa hal nak tukar-tukar, aku nak try kau pun tak boleh ke hah?! Sabar Ivan, dia masih tak kenal, dia tak tahu diri kau yang sebenar.
"Encik, totalnya Rm5," kata pekerja yang lain itu. Aku perasan, lepas gadis tadi jeling pada aku, dia terus keluar dari kafe ini.
Sudahlah, student ajak datang sini untuk ulangkaji, yang kau nak try awek kenapa Ivan??
______________________________________
733 patah perkataan
Bersambung...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.